Modul PdPR Unit 13 Bahasa Melayu Tahun 4 untuk kegunaan para guru yang mengajar Tahun ketika PdPR. Kami kongsikan modul ini adalah hasil daripada sumber guru yang berdedikasi dan kreatif untuk kegunaan semua.
Ketika cuti ini, sudah tentu guru-guru sibuk menyediakan modul PdPR bagi memastikan segala persiapan dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) berjalan lancar.
Contents
Melaksanakan PdPR
Untuk memastikan proses PdPR sentiasa berjalan lancar, teratur dan sistemak, jadual waktu PdPR amat penting. Jadual waktu PdPR akan mengambil kira secara menyeluruh dari segi peruntukan masa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan cara atau tutorial oleh guru selepas proses (PdP).
Penyediaan jadual waktu PdPR perlu dirangka dengan teliti dan tersusun agar memudahkan guru serta pelajar. Ianya harus mempunyai matlamat dan objektif khusus mata pelajaran tersebut supaya pelajar dapat perkara, ilmu, nilai dan kemahiran di dalam mata pelajaran tersebut. Guru-guru perlu memastikan kesemua pelajar memahami kandungan pembelajaran dan kemudian dapat meneruskan proses pembelajaran ke peringkat selanjutnya.
Dapatkan “Modul PdPR BM Tahun 4” di sini
Di sini admin nak kongsikan Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 4 Unit 13 dan Unit 14 yang telah diambil dari sumber yang sahih. Anda perlu menekan pautan atau menggunakan link yang telah disediakan seperti di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC’
Download : Link Download disini
Faedah Modul dan Bahan Bantu Mengajar
- Penyediaan modul yang menarik dapat membantu menguatkan serta merangsang minda untuk murid-murid untuk memahami kandungan pembelajaran.
- Penggunaan buku teks sebagai bahan pengajaran ketika proses PdPR menyukarkan murid untuk memahami kandungan pembelajaran. Ia kerana buku teks mengandungi banyak kandungan ayat yang kompleks dimana akan menimbulkan perasaan bosan di dalam diri murid.
- Oleh itu, penggunaan modul dapat menarik minat pelajar untuk memahami apa yang ingin diajar oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti lembaran kerja, modul yang menarik dengan pelbagai gambar-gambar, berwarna warni akan dapat menimbulkan fokus pelajar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran.
- Penyediaan modul atau lembaran kerja juga dapat menghasilkan proses Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) menjadi seronok dan berkesan.
Anda juga boleh mendapatkan beberapa bahan pendidikan berkaitan PdPR yang telah kami kongsikan sebelum ini seperti Modul PdPR Bahasa Inggeris Tahun 2, 5 Perkara Penting Dalam Persediaan PdPR.
Perkongsian
Diharapkan modul yang kami kongsikan ini dapat membantu para guru melaksanakan PdPR dengan berjaya dan berkesan. Bersama-samalah kita sebagai warga pendidik memastikan agar murid dapat memahami kandungan pembelajaran dengan baik.