Nota MIPSPM KSSM 2021 ; BHS. INGGERIS

MIPSPM KSSM 2021 ; BHS. INGGERIS

75

Peperiksaan SPM adalah syarat utama untuk pelajar di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya seperti STPM, Matrikulasi, atau kursus pra-universiti. Pelajar juga boleh menyambung pelajaran dalam kursus luar negara seperti A-Level. Pelajar yang berusia 17 tahun atau berada dalam tingkatan 5 di sekolah menengah adalah pelajar yang layak untuk menduduki peperiksaan SPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan format baru peperiksaan SPM dari KBSM kepada KSSM. KPM juga telah menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar seiring dengan Common European of Reference (CEFR) yang telah digunapakai di peringkat antarabangsa.

Perkongsian kali ini, admin kongsikan MIPSPM KSSM 2021 ; BHS. INGGERIS untuk pendidik berikan kepada pelajar sebagai satu latih tubi untuk mempersiapkan mereka dalam menghadapi peperiksaan sebenar.

Seperti mana subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM,  subjek Bahasa Inggeris juga memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pelajar seterusnya di peringkat pengajian tinggi. Bahasa ini tidak asing lagi di kalangan anak muda sekarang, ada yang seawa usia 2-3 tahun sudah mampu menguasai asas Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga memerlukan teknik penulisan yang sama seperti Bahasa Melayu. Baca arahan dengan teliti dan fahami kehendak soalan, draf esei sebaik mungkin dengan pendahuluan, isi serta penutup atau kesimpulan dengan lengkap. Gunakan semua isi yang diberikan untuk pastikan pemarkahan yang sempurna. Pastikan atur masa dan peka dengan masa yang digunakan untuk sesuatu bahagian. Semak tatabahasa dan pengolahan isi sebelum menghantar kertas soalan.

Semoga dengan perkongsian MIPSPM KSSM 2021 ; BHS. INGGERIS dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih

MUAT TURUN MIPSPM KSSM 2021 ; BHS. INGGERIS :