Subjek Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek utama wajib lulus sekiranya anda ingin mendapatkan sijil SPM dan menyambung pelajaran ke mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam negara. Subjek ini merangkumi 4 kertas soalan yag terdiri daripada kertas satu dan dua untuk ujian bertulis, kertas 3 dan 4 untuk ujian bertutur dan mendengar. Setiap kertas soalan diperuntukkan tempoh masa yang tertentu.
Adakah anda perasan, sewaktu berbicara Bahasa Melayu, kita sangat lancer dan tahu perkataan apa yang perlu digunakan untuk menceritakan suatu situasi. Namun, ketika menulis karangan, kita seperti sedang menggunakan Bahasa asing sehingga kadangkala membuat kesilapan dalam penggunaan perkataan yang sesuai.
Sangat penting untuk pelajar mengenalpasti format soalan peperiksaan sebelum menduduk peperiksaan supaya pelajar boleh membuat persediaan yang mencukupi.
Ada 3 perkata utama yang perlu pelajar tahu sebelum menjawab soalan peperiksaan :
- Jawapan yang memenuhi kehendak soalan.
- Merangka karangan mengikut skema yang ditentukan.
- Pembukaan karangan menarik yang dapat mengambil perhatian pemeriksa kertas jawapan.
Oleh itu, admin kongsikan bersama MODUL BAHASA MELAYU STANDARD + SKEMA untuk pelajar jadikan sebagai rujukan latihan.
Semoga dengan perkongsian MODUL BAHASA MELAYU STANDARD + SKEMA dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.
MUAT TURUN MODUL BAHASA MELAYU STANDARD + SKEMA: