Modul PERKONGSIAN MODUL OASIS SPM 2021 KERTAS 1 & 2 + SKEMA

PERKONGSIAN MODUL OASIS SPM 2021 KERTAS 1 & 2 + SKEMA

2028

Subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM mengandungi beberapa bahagian. Ia dipecahkan kepada kertas 1 dah kertas 2. Soalan Bahasa Melayu SPM menuntut pelajar untuk membuat karangan yang berdasarkan arahan yang diberi. Setiap bahagian soalan mempunyai format dan pemarkahan yang berbeza. Guru perlu tekankan pada pelajar untuk lebih focus dan memahami kehendak soalan sebelum melakarkan jawapan. Setiap kesilapan yang dibuat akan mengundang penolakan markah dan menyebabkan pelajar tidak dapat skor dengan baik. Kenalpasti kehendak soalan, kata kunci soalan dan susun isi penting mengikut turutan dan penerangan yang betul.

Penggunaan kaedah latih tubi dalam pembelajaran bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam sesuatu subjek, ia juga dapat membantu pelajar untuk lebih memahami sesuatu subjek dan dapat membuat persediaan yang sewajarnya dalam menghadapi peperiksaan mendatang.

Sebelum menjawab soalan peperiksaan, kenalpasti teknik yang sesuai. Pastikan juga sebelum menghantar kertas jawapan, semak semula ejaan, penggunaan tatabahasa dan tanda baca yang betul. Kandungan jawapan perlulah menepati tema yang diminta.

Setiap tanda baca memainkan peranan besar dalam penghasilan sesuatu ayat atau karangan. Ia bukan sahaja menjadi penanda baca untuk menentukan arah tuju sebuah cerita tetapi juga mempunyai kandungan markah. Sekiranya pelajar membuat kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa dan tanda baca, walaupun markah yang dipotong mungkin kecil namun ia akan merugikan pihak pelajar sedangkan kesalahan yang dibuat itu boleh dielakkan jika pelajar menyemak semula dengan teliti. Kandungan patah perkataan juga perlu menepati arahan yang diberikan. Sekiranya terkurang atau terlebih, pemotongan markah boleh berlaku. Maksimum markah yang boleh ditolak adalah 2markah.

Oleh itu, admin kongsikan bersama MODUL OASIS SPM 2021 KERTAS 1 & 2 + SKEMA untuk pelajar jadikan sebagai rujukan latihan.

Semoga dengan perkongsian MODUL OASIS SPM 2021 KERTAS 1 & 2 + SKEMA dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.

MUAT TURUN PERKONGSIAN MODUL OASIS SPM 2021 KERTAS 1 & 2 + SKEMA :