Modul Modul Latihan Bola Jaring Untuk Guru

Modul Latihan Bola Jaring Untuk Guru

3094

Modul Latihan Bola Jaring Untuk Guru

Modul Latihan Bola Jaring ini dikeluarkan untuk kegunaan guru. Khasnya bagi guru-guru yang menyandang jawatan sebagai guru penasihat kelab sukan sekolah. Dengan adanya bantuan dari modul ini diharapkan penglibatan murid akan lebih baik dari masa ke semasa.

Bola jaring dicipta oleh seorang wanita yang bernama Clara Gregory pada tahun 1895. Beliau merupakan seorang peneraju dalam sukan wanita yang berasal dari Amerika Syarikat. Permainan bola jaring ini berasal dari permainan bola keranjang.

Peraturan Dan Undang-Undang Bola jaring;

  1. Lebih kawasan: Tidak boleh di hantar lebih daripada kawasan tanpa disentuh atau ditangkap oleh pemain.
  2. Gerak kaki: Pemain tidak dibenarkan mengheret atau menggunakan kaki mendarat.
  3. Hantaran ke dalam di beri kepada pasukan lawan jika bola keluar gelanggang.
  4. Hantaran tengah di ambil secara bergilir gilir selepas setiap jaringan gol.
  5. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
  6. Pengadil diadili oleh 2 orang pengadil.
  7. Tempoh permainan: Tempoh ada 2 bahagian iaitu 20 minit untuk  setiap permainan dan 5 minit untuk masa rehat.
  8. Bilangan pemain: Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain dan 5 orang pemain simpanan .
  9. Pasukan akan tukar kawasan gol pada separuh masa.
  10. Off side: Pemain dengan bola atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika memasuki mana mana kawasan selain daripada  kawasannya.
  11. Halangan: Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang memegang bola kurang daripada 0.9 meter (3 kaki). Jarak dikira daripada kaki mendarat.
  12. Sentuhan: Pemain tidak dibenarkan melakukan sentuhan dengan pemain lawan   sama ada sengaja atau tidak.

Peraturan dan undang-undang tersebut tidak boleh dilanggar. Jika dilanggar maka hukumannya adalah seperti permainan yang lain iaitu akan dikenakan penalti terhadap pasukan yang melakukan kesilapan.

Pertimbangan Untuk Latihan 

Pertimbangan untuk latihan merupakan cadangan yang boleh diikuti oleh para guru untuk melatih murid mereka.

  1. Kemudahan peralatanmerancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang hendak                                              digunakan semasa aktiviti. 
  2. Bilangan murid; guru perlu mengenal pasti bilangan murid yang menyertai aktiviti ini                              agar dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan                            yang sesuai.
  3. Tempat latihan; ruang latihan haruslah selamat dan sesuai.
  4. Tahap murid; aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan                         keupayaan murid. 

Dapatkan Modul latihan Bola Jaring di sini


Di sini admin nak kongsikan Modul Latihan Bola Jaring yang dapat membantu para guru sekalian. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

  • Modul Latihan Bola Jaring Sekolah Menengah
  • Modul Latihan Bola Jaring Sekolah Rendah

 

Malaysia digemparkan dengan seorang guru yang layak ke piala dunia 2021.

Pemain

Didalam permainan bola jaring ini, terdapat 7 orang pemain utama. Manakala, tambahan 3 orang pemain ialah pemain simpanan. Para pemain dibahagikan kepada 6 fungsi utama. Setiap pemain ditetapkan mengikut fungsi masing-masing.

Penjaring Gol(GS);

  • GS berfungsi sebagai penjaring gol.
  • Mesti mahir membuat jaringan.
  • Bermain di kawasan masing-masing dan tidak bebas bergerak.

Pertahanan Gol/ Pertahanan Dalam(GD);

  • GD boleh menerima bola dari halaman tengah.
  • Pasukan pihak lawan di kawasan tengah, kawasan gol atau dalam jaringan.

Penjaga Gol(GK);

  • Menjaga penjaring gol pihak lawan didalam mahupun diluar kawasan.
  • Penjaga gol bekerjasama dengan petahanan gol/ pertahanan dalam.

Penyerang Sayap(WA);

  • Menyerang dan tugas utamanya ialah menghantar bola dari tengah ke kawasan jaring.

Penyerang Gol(GA);

  • Ditugaskan sebagai penjaring.
  • Bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol.

Penyerang Sayap(WD);

  • Menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap(WA) pihak lawan.

Bola Jaring Malaysia

Sukan bola jaring disifatkan sebagai lubuk emas buat negara kerana menjadi juara bertahan acara tersebut pada Sukan SEA.