Modul Latihan Bola Baling Untuk Guru diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijadikan panduan oleh guru-guru disekolah. Permainan bola baling yang berasal dari Eropah ini mula diperkenalkan di negara kita sejak dari tahun 1976.
Antara sebab modul latihan ini dihasilkan adalah kerana untuk mengoptimumkan kemampuan para pelajar di tahap yang maksimum. Selain itu, buku modul ni bukan sahaja memberikan manfaat kepada pelajar namun ianya juga memberikan tunjuk ajar kepada guru-guru yang kurang pengalaman didalam sukan bola baling ini.
Contents
Pengenalan Bola Baling
Pengenalan ringkas;
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
Gelanggan Bola Baling Dan Ukuran Padang(Kawasan Permainan);
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.
Pemain Dan Pakaian;
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.
Sejarah Bola Baling
Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.
Dapatkan Modul Latihan Bola Baling Untuk Guru di sini
Di sini admin nak kongsikan modul tersebut buat anda semua. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
- Modul Panduan Bola Baling Sekolah Rendah
- Modul Panduan Bola Baling Sekolah Menengah
Untuk para guru Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang inginkan modul karangan untuk subjek masing-masing.
Impian
Diharapkan dengan perkongsian Modul Latihan Bola Baling Untuk Guru pada kali ini membantu para guru untuk melahirkan generasi yang mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa dalam sukan bola baling.