Kompilasi Fail Meja Terkini Mengikut Bidang Tugas Guru. Kompilasi fail meja ini disediakan bagi memudahkan para guru atau penjawat awam untuk mengakses fail meja mengikut bidang kerja. Fail Meja umumnya dikenali sebagai himpunan panduan bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan.
Fail Meja bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991 iaitu Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail meja. Pekeliling ini telah berusia 10 tahun dan masih di dalam proses membuat semakan semula oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Fail Meja lazimnya akan disediakan atau digunakan oleh penjawat awam dan dijadikan sebagai rujukan untuk sesuatu jawatan pada peringkat individu malah fail meja juga adalah manual untuk sesuatu jawatan. Fail meja mengandungi maklumat dan panduan terperinci untuk jawatan yang disandang.
Konsep Fail Meja dan Modul Prosedur Kerja
Asas Fail Meja merupakan senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam pejabat atau jabatan. Rangkaian prosedur dan senarai semak yang terdapat dalam fail meja ini adalah garis panduan yang terperinci yang dapat membantu setiap individu melaksanakan tugas dengan cekap. Satu fail meja perlulah dikhususkan kepada satu jawatan dan mengandungi maklumat serta panduan bagi jawatan yang dikhususkan.
Manakala bagi Modul Prosedur Kerja pula adalah rujukan peringkat pejabat dan bukan dikhaskan kepada jawatan. Modul Prosedur Kerja berasaskan kepada fungsi dan bidang tugas jabatan dimana ianya lebih menyeluruh berbanding dengan fail meja yang berasaskan bidang tugas jawatan yang lebih terperinci. Maklumat berkenaan dengan jabatan serta semua aktiviti dalam jabatan terkandung didalam Modul Prosedur Kerja.
Modul Prosedur Kerja dan fail meja kedua-duanya membawa fungsi sebagai alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti serta menjadi dokumen yang perlu ada dalam setiap jawatan serta berupaya untuk merekodkan prosedur dan peraturan kerja sebagai rujukan rasmi. Selain itu, Fail meja dan Modul Prosedur Kerja berfungsi dalam menyeragamkan sistem atau kaedah kerja serta sebagai alat latihan informasi. Kedua-dua dokumen rasmi ini juga dapat memudahkan proses pertukaran pekerja dimana memudahkan proses ambil alih kerja oleh pekerja baru.
Senarai Fail Meja Mengikut Bidang Kerja
Setiap jawatan mempunyai bidang kerja yang berlainan dan fail meja turut mempunyai format yang berlainan mengikut bidang kerja. Berikut merupakan senarai fail meja yang telah disediakan bagi memudahkan para guru mengakses mengikut bidang kerja masing-masing:
- Fail Meja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
- Bidang Tugas dan Fail Meja Guru Mata Pelajaran
- Fail Meja Guru Kelas dan senarai bidang kerjanya
- Fail Meja Guru Besar 2021
- Tugas kerja dan Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media
- Fail Meja Tenaga Pengajar Prasekolah
- Fail Meja Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Kokurikulum Terkini
- Fail Meja Ketua Panitia
Perkara-perkara yang terkandung dalam fail meja
Setiap isi kandungan fail meja mengikut bidang kerja adalah berlainan tetapi terdapat garis panduan untuk setiap fail meja yang menjadikan fail meja adalah sebagai panduan kepada para penjawat awam. Senarai isi kandungan yang terdapat didalam fail meja adalah seperti berikut:
- Objektif jabatan atau pejabat
- Objektif bahagian atau unit
- Carta organisasi jabatan atau pejabat
- Carta organisasi kedudukan pegawai
- Senarai tugas atau kuasa atau hubungan kakitangan
- Peraturan-peraturan pentadbiran
- Proses Kerja
- Carta aliran kerja
- Senarai semak
- Senarai borang yang digunakan
- Senarai undang-undang dan peraturan
- Senarai jawatankuasa yang dianggotai
- Norma kerja
- Senarai Tugas Harian
Untuk mendapatkan bahan-bahan persediaan guru dan informasi lain, sila layari laman Sistem Guru Online