Modul Modul Latihan Bola Sepak Untuk Guru

Modul Latihan Bola Sepak Untuk Guru

1929

Modul Latihan Bola Sepak Untuk Guru

Modul Latihan Bola Sepak merupakan satu bentuk bantuan bagi para guru. Dengan adanya modul latihan bola sepak ini, para guru dapat memperkasakan lagi kemahiran mereka untuk mengurus pelajar didalam permainan ini.

Bola sepak merupakan permainan yang mempunyai dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 11 orang pemain. Permainan ini membenarkan pemainnya menggunakan kedua-dua belah kaki dan seluruh anggota badan. Namun begitu, penggunaan tangan adalah terhad kepada penjaga gol sahaja. Masa permainan ialah 90 minit dan tambahan 30 minit diberikan jika kedua-dua pasukan mendapat mata seri pada waktu 90 minit yang asal. Sepakan penalti akan diberikan jika jaringan gol masih sama pada waktu 30 minit tambahan tadi.

Sejarah Bola Sepak

Persekutuan Persatuan Bola Antarabangsa(FIFA) menjelaskan bahawa bola sepak telah wujud di Negeri China sejak abad 3 masihi lagi. Di zaman pertengahan Eropah juga sudah dikenalkan dengan pelbagai jenis permainan bola. United Kingdom pada abad ke-19 sudah memperkenalkan permainan bola sepak di sekolah-sekolah. Namun setiap sekolah mempunyai cara permainan yang berbeza-beza. Undang-undang formal pertama bola sepak digubal oleh Persatuan Bola Sepak England pada tahun 1863 yang terdiri daripada beberapa buah kelab bola sepak.

Pada abad ke-20, kepopularitian permainan bola sepak mula meningkat secara drastik. Permainan ini sudah dimainkan di peringkat antarabangsa. Bola sepak kini sudah menjadi satu industri yang lumayan kerana sudah menjana pendapatan sendiri dengan hak persiaran di televisyen dan penjualan tiket di stadium. Pada tahun 2001, sebuah kajian telah dilakukan oleh Persekutuan Persatuan Bola Antarabangsa bahawa lebih dari 240 juta orang bermain bola sepak di lebih 200 buah negara di seluruh pelusuk dunia. Tumbesaran permainan ini adalah disebabkan oleh peraturannya yang mudah dan peralatan yang perlu digunakan adalah sedikit.

Dapatkan Modul Latihan Bola Sepak di sini


Di sini admin nak kongsikan Modul Latihan Bola Sepak untuk guru-guru sekalian. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

  • Modul Latihan Bola Sepak Sekolah Rendah
  • Modul Latihan Bola Sepak Sekolah Menengah

 

Guru-guru Bahasa Melayu yang inginkan dapatkan modul Bahasa Melayu Tingkatan 3 untuk murid sekolan menengah masing-masing.

Perkembangan Bola sepak Di Malaysia

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara
rasminya menjadi Persatuan Bola Sepak Kebangsaan pada 1933. Persatuan ini
juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott
dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M.
Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui
persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.

Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri
Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk
pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu
Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh
Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahnda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Dibawah kepimpinan beliau perkembangan permainan bola sepak negara mendapat perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia FIFA pada 1997.

Harapan

Diharapkan dengan perkongsian pada kali ini dapat memberikan panduan untuk para guru. Panduan dari Modul Latihan Bola Sepak ini mampu melahirkan murid-murid yang berbakat dan seterusnya menjadi pelapis di masa hadapan.