Modul Latihan Bola Keranjang Untuk Guru ialah sebuah modul yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu guru-guru. Dengan bantuan modul ini, guru-guru dapat memberi panduan kepada para pelajar yang melibatkan diri di dalam sukan ini.
Bola keranjang merupakan satu sukan yang membabitkan 2 pasukan. Setiap pasukan mempunyai 5 orang pemain. Setiap pasukan perlu menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang dengan mengikut peraturan yang ditetapkan. Sukan ini mempunyai kaedah pengiraan mata yang tersendiri. Contohnya, lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata. Pemain hanya boleh melontarkan bola atau menghantar terus kepada ahli pasukan yang lain.
Contents
Sejarah Bola Keranjang
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield. Ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.
Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Beliau kemudiannya, menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui terbitan surat khabar sekolah pada tarikh 15 Januari 1892.
Bola Keranjang Di Malaysia
Permainan ini mula dikenali di Malaysia sejak dari tahun 1929. Pada awalnya, permainan ini kurang mendapat perhatian orang ramai dan hanya beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar sahaja yang menerima permainan ini. Selepas perang dunia ke-2 barulah permainan bola keranjang ini mula mendapat perhatian umum. Pada tahun 1958 MABA (MALAYAN AMATEUR BASKETBALL ASSOCIATION) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri merebut Piala Agung dianjurkan di Kuala Lumpur. . Nama Malayan Amateur Basketball Association ditukar ke Malaysian Amateur Basketball Association dan digunapakai mulai tahun 1964. Pada tahun 1968, MABA melancarkan undang-undang Bola
Keranjang FIBA dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Melayu.
Dapatkan Modul Latihan Bola Keranjang di sini
Di sini admin nak kongsikan modul latihan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
- Modul Latihan Bola Keranjang Sekolah Rendah
- Modul Latihan Bola Keranjang Sekolah Menengah
Guru-guru sekolah rendah juga boleh mendapatkan modul Bahasa Melayu tahun 4.
Sistem Pertandingan
1. Pertandingan Kalah Mati;
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.
Kelebihan Sistem Kalah Mati;
• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat.
• Cepat memilih pemenang.
• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad.
• Seronok untuk ditonton.
• Penyertaan ramai.
Kelemahan Sistem Kalah Mati;
b. Kelemahan
• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik.
• Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama.
• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung
tiada peluang bermain.
2. Pertandingan Liga;
Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya
pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara
yang perlu diambil perhatian :
• Masa yang mencukupi.
• Kewangan yang ada.
• Bilangan pengadil.
• Kemudahan dan peralatan yang ada.
Liga Bola Keranjang Kebangsaan Malaysia
Liga Bola Keranjang Kebangsaan Malaysia atau disingkatkan sebagai MNBL ialah liga bola keranjang utama di Malaysia. Pertandingan ini bermula sebagai Liga Bola Keranjang Malaysia pada tahun 1981. Dengan perkongsian Modul Latihan Bola Keranjang ini, diharapkan dapat mengembangkan lagi sukan bola keranjang ini di Malaysia pada masa hadapan.