Modul Latihan Hoki Untuk Guru dikeluarkan untuk membimbing guru. Hal ini kerana, untuk menggalakkan murid-murid mengiatkan diri di dalam sukan hoki ini.
Hoki diakui sebagai salah satu sukan yang terkenal. Permainan ini dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 1890-an. Pada tahun 1900 sukan hoki menjadi sukan demonstrasi di Paris untuk Sukan Olimpik. Selepas 28 tahun barulah sukan hoki dimainkan secara tetap di sukan olimpik. Selepas 100 tahun sukan ini diperkenalkan sebagai sukan antarabangsa, didapati telah berlaku banyak perubahan dalam peraturan, gaya permainan, alatan dan permukaan permainan hoki itu sendiri.
Contents
Sejarah Hoki
Pada tahun 1840, pasukan hoki telah pun ditubuhkan dengan sejumlah pemain dari Kota London. Kelab Hoki Blackheath bertanggungjawab dalam memperkenalkan undang-undang di dalam sukan ini walaupun tidak begitu teratur seperti undang-undang yang ada sekarang. Aspek yang diketengahkan oleh kelab ini ialah dari segi permainan, mewujudkan khidmat pengadil, had kawasan permainan untuk memudahkan kawalan bola dan seterusnya mengenakan hukuman tertentu bagi mereka yang melakukan kesalahan.
Satu mesyuarat telah diadakan pada tahun 1875 di London untuk membincangkan undang-undang hoki yang telah dicipta dan ianya diterima pakai pada waktu itu. Dari England permainan ini berasal, akhirnya ianya tersebar ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan beberapa negara Asia. Tidak lupa juga pada negara-negara Eropah.
Sejarah Hoki Di Malaysia
Askar British yang menyebabkan tersebarnya permainan ini pada abad ke-19. Pada mulanya, masyarakat setempat tidak berminat akan permainan ini. Secara rasminya, permainan hoki dimainkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 30 November 1898 di Padang Kelab Selangor yang kini menjadi Dataran Merdeka. Pada tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara kita mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu.
Dapatkan Modul Latihan Hoki di sini
Di sini admin nak kongsikan modul tersebut untuk anda semua. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
- Modul Latihan Hoki Sekolah Rendah
- Modul Latihan Hoki Sekolah Menengah
Kami juga pernah menulis berkenaan dengan Modul Mudah Lulus (Mulus) untuk dijadikan rujukan bagi para pelajar tahun 4,5 dan 6.
Undang-Undang Hoki
Memulakan permainan;
- Hoki mempunyai dua permulaan permainan iaitu pada awal permainan dan separuh masa kedua.
- Permainan dihentikan atas kesalahan yang dilakukan oleh satu pihak.
- Kesalahan serentak oleh kedua-dua pasukan.
- Selepas gol dijaringkan.
Pemain Tidak Dibenarkan;
- Menggunakan bahagian belakang kayu.
- Bermain tanpa menggunakan kayu sendiri.
- Mengangkat kayu untuk menakutkan dan melebihi paras kepala lawan.
- Bermain dengan cara yang bahaya.
Menghadang;
- Menggunakan mana-mana bahagian badan atau kayu untuk menghalang
pihak lawan dari merampas bola tanpa memainkan bola. - Berlari di antara rakan pembawa bola dengan pihak lawan.
Penalti;
- Pukulan percuma.
- Kesalahan yang tidak disengajakan di luar kawasan“D”.
- Kesalahan yang dilakukan antara kedua-dua garisan 23 m.
Pukulan Sudut Penalti;
- Kesalahan yang tidak disengajakan dalam kawasan“D”.
- Kesalahan yang disengajakan di antara garisan“D”dan garisan 23 m.
Strok Penalti;
- Kesalahan yang disengajakan dalam kawasan“D”.
- Kesalahan yang tidak disengajakan tapi boleh menghasilkan gol jika tidak berlaku kesalahan.
Amaran;
- Hijau (penggantungan sementara 2 minit masa diambil kira apabila
pemain duduk di kerusi yang disediakan khas di tempat teknikal ). - kuning (penggantungan sementara-minima 5 minit ).
- merah (Penggantungan tetap).
Pasukan Hoki Malaysia
Pasukan Hoki Kebangsaan Malaysia terdiri daripada beberapa pemain hebat di dalam Malaysia. Mengikut Persatuan Hoki Antarabangsa yang mula berkuatkuasa pada Januari tahun 2015 yang lalu, pasukan hoki negara kita berada di kedudukan ke-12 terbaik di dunia dan kedudukan ke-4 di Asia.