Modul Latihan Sukan Olahraga Untuk Guru adalah sebuah modul yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Harapan kementerian adalah untuk melahirkan para pelajar yang semakin aktif di dalam sukan olahraga ini.
Olahraga merupakan merupakan aktiviti fizikal yang terdiri daripada beberapa acara sukan yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat, melempar, dan berjalan kaki. Pertandingan olahraga yang selalu dipertandingkan di negara kita ialah seperti balapan dan padang, berlari di jalan raya, berlari merentas desa serta lumba jalan kaki. Sukan olahraga ini kebanyakkanya merupakan sukan perseorangan kecuali bagi perlumbaan lari berganti-ganti dan acara merentas desa yang melibatkan skor pasukan.
Contents
Sejarah Sukan Olahraga
Olahraga berasal dari perkataan Greek iaitu ‘athlos’ yang membawa maksud bertanding. Acara sukan ini dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia kerana ianya dipercayai sudah bermula sejak dari 3000 tahun yang dahulu di Greek. Mengikut catatan yang ada, olahraga bermula di Sukan Olimpik kuno pada tahun 776 sebelum masihi. Acara pertama yang direkodkan ialah acara lompat jauh oleh ahli sukan Sparta yang bernama Chionis.
Kejohanan olahraga pertama di Malaysia diadakan pada tahun 1906 di Padang Ipoh. Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya pada waktu ketika itu dan menjadikannya sebagai tempat berlangsungnya kejohanan olahraga selama 50 tahun. Pada tahun 1948, buat pertama kalinya Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga antarabangsa di Great Britain. Sukan olimpik yang pertama disertai oleh Tanah Melayu pada waktu itu ialah pada tahun 1956.
Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia ditubuhkan. Semenjak itu, Kejohanan Olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.
Dapatkan Modul Latihan Sukan Olahraga di sini
Di sini admin nak kongsikan modul tersebut buat para guru sekalian. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Link Download dibawah
- Modul Latihan Sukan Olahraga Sekolah Rendah
- Modul Latihan Sukan Olahraga Sekolah Menengah
Buat para guru subjek sains tahun 6 yang ingin dapatkan modul pengajaran dan pembelajaran.
Peraturan Pertandingan
- Setiap pertandingan yang dijalankan hendaklah dikawal oleh
undang-undang dan peraturan pertandingan bersesuaian dengan
matlamat penganjurannya. - Pembinaan peraturan sesuatu kejohanan akan merujuk dan mengikut
undang-undang dan peraturan;
• Persatuan Olahraga Antarabangsa.
• Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.
• Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
• Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN).
• Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).
• Majlis Sukan Sekolah. - Peraturan pertandingan perlu mempunyai perkara berikut :
• Nama kejohanan.
• Tarikh.
• Tempat pertandingan.
• Kategori dan acara-acara yang dipertandingkan.
• Ukuran, berat alatan, dan jarak.
• Syarat-syarat penyertaan.
• Nombor peserta.
• Atur cara dan jadual pertandingan. - Tatacara Pelari Untuk Acara 4 X 200 m;
• Pelari Pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan bermula di
garisan 1 1⁄2 stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 m.
• Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan.
• Pelari Ketiga akan bersedia di garisan 1⁄2 stagger (seperti pelari kedua dalam
acara 4 X 400 m). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing-masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, pelari tersebut boleh memotong masuk ke lorong pertama.
• Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut susunan senarai mula (start list), dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain. - Acara Pertandingan;
• Di peringkat sekolah penyertaan murid dalam satu acara bergantung kepada jumlah rumah dan trek yang ada bagi memudahkan sesuatu pertandingan dijalankan.
• Di Kejohanan Peringkat Daerah dan Negeri penyertaan tidak lebih daripada dua orang peserta bagi setiap acara individu dan satu pasukan bagi acara lari berganti-ganti.
Matlamat
Matlamat Modul Latihan Sukan Olahraga Untuk Guru adalah untuk menjadi panduan kepada para guru dalam membimbing pelajar agar dapat menjadi atlet yang bermutu tinggi.