Modul Latihan Sukan Ping Pong Untuk Guru ini boleh diguna pakai oleh semua guru di Malaysia. Ianya juga termasuk guru sekolah rendah mahupun guru sekolah menengah.
Sukan Ping Pong merupakan satu sukan yang bersifat dalaman. Sukan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau secara beregu. Pemain perlu memukul bola secara berulang-alik di atas sebuah meja yang mempunyai jaring di tengahnya dengan menggunakan pemukul. Pemain cuma boleh memukul bola tersebut setelah ia melantun sekali di bahagiannya, dan mesti mengembalikannya supaya ia melantun di bahagian lawan. Pemain juga perlu tangkas kerana permainan ini memerlukan reaksi yang pantas.
Contents
Sejarah Ping Pong
Permainan ini popular dalam kalangan pelajar Universiti Britain di Eropah pada tahun 1890. Nama Ping dihasilkan dari pertembungan antara pemukul dan bola. Manakala bagi nama Pong, terhasil dari bunyi lantunan bola di atas meja. Permainan ini telah wujud pada abad ke-19. Kejohanan dunia buat kali pertama bagi sukan ini telah diadakan pada tahun 1927. Seorang doktor yang berbangsa Hungary bernama Jacobi telah memenangi kejohanan tersebut.
Walaupun permainan ini diasaskan di Eropah. Namun, sebelum tahun 1970 ianya telah didominasikan oleh pemain dari Asia. Diantara tahun 1950 hinggan tahun 1959, Jepun menguasai permainan ini kerana mereka sangat mementingkan kepada pergerakan yang pantas. China pula merampas kedudukan Jepun dari tahun 1960 hingga tahun 1969. China telah melatih pemain mereka sejak dari kecil lagi. Corak permainan China ialah bermain dengan laju dan bermain dekat dengan meja. Pada tahun 1970, barulah pemain dari Eropah meningkat naik semula.
Sejarah Ping Pong Malaysia
Di Malaysia, persatuan ping pong yang pertama kali ditubuhkan ialah pada tahun 1952 dan didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958 atas nama Persatuan Ping Pong Malaya. Persatuan Ping Pong Malaysia(TTAM) ditubuhkan pula pada tahun 1964. Dengan tertubuhnya persatuan ini, perkembangan sukan ping pong di Malaysia berkembang dengan pesatnya.
Dapatkan Modul Latihan Sukan Ping Pong di sini
Di sini admin nak kongsikan modul tersebut bagi rujukan guru semua. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Link Download disini
- Modul Latihan Sukan Ping Pong Sekolah Rendah
- Modul Latihan Sukan ping Pong Sekolah Menengah
Kami juga pernah berkongsi tentang Modul Latihan Rekabentuk Teknologi (RBT) Tingkatan 3 yang boleh diguna pakai untuk para guru sekalian.
Persediaan Dan Perancangan
Persediaan Pemain dan Kumpulan;
- Guru membahagikan murid-murid mengikut kumpulan berdasarkan tahap penguasaan kemahiran sukan Ping Pong masing-masing.
- Bilangan dalam setiap kumpulan tidak melebihi 30 orang.
Tempat latihan;
- Tempat latihan seharusnya “indoor” ruang yang boleh digunakan termasuklah dewan sekolah, bilik darjah yang kosong, pusat aktiviti sekolah dan lain-lain tempat yang mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan sekurang-kurangnya sebuah meja.
Keselamatan;
- Memilih lantai kawasan permainan yang rata, tidak kasar dan selamat.
- Pastikan semua peralatan adalah dalam keadaan baik dan selamat diguna pakai.
Organisasi Kumpulan;
- Pastikan guru dapat melihat semua murid.
- Pastikan semua murid mendengar arahan.
- Pastikan perhatian murid tidak diganggu oleh perkara lain ketika arahan diberikan.
Peralatan Dan Pakaian;
- Bola; bola ping pong 40 mm, belon kecil dan sebarang bola kecil yang ringan dan difikirkan sesuai.
- Meja; meja ping pongyang sebenar atau meja biasa besar yang mempunyai permukaan yang sesuai.
Jaring;
- jaring sebenar atau papan kadboard olahan sendiri.
Raket;
- raket ping pong atau raket papan yang dibuat sendiri.
Pakaian;
- baju T, seluar sukan dan kasut sukan yang sesuai.
Harapan
Dengan adanya Modul Latihan Sukan Ping Pong Untuk Guru ini harapnya tercapailah hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan murid-murid di dalam sukan ini.