Modul Modul latihan Sukan Sepak Takraw Untuk Guru

Modul latihan Sukan Sepak Takraw Untuk Guru

1170

Modul latihan Sukan Sepak Takraw Untuk Guru

Modul latihan Sukan Sepak Takraw Untuk Guru dihasilkan untuk membantu melahirkan pelajar yang mahir di dalam permainan ini. Modul memberikan panduan lengkap kepada para guru sekalian dalam melatih pelajar mereka.

Sepak takraw memerlukan 3 orang pemain pada setiap pasukan yang berlawan. Sepak takraw dimainkan di sebuah gelanggan yang mempunyai jaring untuk memisahkan dua pasukan yang bertanding dan mempunyai saiz gelanggan yang sama seperti saiz gelanggan badminton. Dengan perkembangan teknologi hari ini, bola takraw telah mengalami inovasi dari bola rotan yang biasa kepada bola sintetik.

 Kaitan Sepak Raga Dan Sepak Takraw

Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad, Putera
Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Di Malaysia permainan ini disebut ‘sepak raga’, di Filipina ‘sipa’, di Burma ‘chinlone’, di Laos ‘kator’, dan di Thailand ‘takraw’.

Permainan sepak takraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.

Sukan SEAP

Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAK TAKRAW, iaitu gabungan perkataan ‘sepak’ dan ‘takraw’ menjadi satu perkataan.

Dapatkan  di sini


Di sini admin nak kongsikan modul tersebut untuk kegunaan anda sekalian. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download dibawah

  • Modul Latihan Sukan Sepak Takraw Sekolah Rendah
  • Modul Latihan Sukan Sepak Takraw Sekolah Menengah

 

Bagi yang ingin meminimakan kesalahan dalam subjek Bahasa Melayu boleh dapatkan Modul Betulkan Kesalahan BM SPM sekarang.

Pertimbangan Untuk Latihan

Tahap Murid;

Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid.

Bilangan Murid;

Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian.

Langkah-Langkah Keselamatan;

Antara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah;

  • Tahap kesihatan murid.
  • Memanaskan badan sebelum aktiviti dan gerak kendur dilakukan selepas
    aktiviti.
  • Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti.
  • Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan
    selamat.

Guru Perlu Memahami Bahawa;

  • Murid kurang menguasai kemahiran motor halus.
  • Pergerakan murid merupakan aksi keseluruhan tubuh badan dengan
    tumpuan kepada sasaran adalah minima.
  • Murid mempunyai sumber tenaga yang rendah tetapi minat yang
    mendalam.
  • Murid sedang membina kordinasi dan masih kekok dalam pergerakan.
  • Murid mendapat keseronokkan dari penyertaan.
  • Aksi murid bukan secara automatik.
  • Murid kurang pasti aksi mana yang akan menghasilkan kemahiran
    yang akan berjaya.
  • Murid menganggap setiap penerangan sebagai aspek penting oleh
    yang demikian kurangkan memberI input lisan yang banyak pada
    sesuatu masa.
  • Murid tiada gambaran berkenaan kemahiran yang baru.
  • Murid kurang berupaya menggunakan maklumbalas secara efektif.

Impian

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengimpikan dengan penerbitan Modul latihan Sukan Sepak Takraw Untuk Guru ini dapat menjadikan para pelajar lebih cemerlang apabila menceburkan diri di dalam sukan ini.