Buku Panduan & Pengurusan Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah Sesi 2021

Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah Sesi 2021

2891

Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2021

Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah Sesi 2021 ini melibatkan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun 2021 mengikut perancangan pihak pengurusan sekolah. Guru yang terlibat dan pihak pentadbiran hanya perlu mengisi nama dan aktiviti yang bakal dijalankan di dalam Buku Pengurusan ini.

Segala aktiviti atau program yang berkaitan dengan kokurikulum di sekolah hendaklah mengikut Garis Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebelum ini, kami ada kongsikan Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah. 

Dapatkan “Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2021” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  • Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah sesi 2021

Info Berkaitan Kokurikulum

Seperti kita sedia maklum menurut Dasar Pelaksanaan Kokurikulum, kokurikulum membawa definisi aktiviti atau segala kegiatan yang bakal dijalankan di luar kelas berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Tujuan kokurikulum dilaksanakan adalah bagi mengembangkan sahsiah diri murid, mengukuhkan dan mempraktikkan kemahiran diri serta nilai-nilai yang diperoleh semasa proses pembelajaran di dalam kelas ke dalam kehidupan harian.

Sebagai contoh aktiviti perkhemahan Kelab Pengakap dimana murid-murid akan mengamalkan sifat bekerjasama sesama ahli kumpulan untuk melakukan tugas-tugas yang diberikan. Kegiatan kokurikulum secara langsung dapat memupuk sikap berdikari murid serta meningkatkan kekuatan mental dan fizikal murid.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996 yang telah digubal oleh kerajaan.

Untuk makluman semua, kegiatan kokurikulum merupakan perkara WAJIB untuk semua pelajar tidak kira di sekolah kerajaan mahupun bantuan kerajaan. Kegiatan kokurilum kebiasaannya merangkumi daripada perkara berikut:

  • Penglibatan murid di dalam sukan dan permainan.
  • Penyertaan murid di dalam badan beruniform, aktiviti persatuan dan kelab.
  • Lain-lain kegiatan luar kelas sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekiranya murid gagal menghadiri atau menyertai kegiatan kokurikulum yang telah ditetapkan, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin. Hal ini kerana segala pencapaian dan penglibatan mereka di dalam aktiviti kokurikulum akan direkod dan dinilai oleh guru.

Dengan wujudnya kegiatan kokurikulum ini, ia akan memberi peluang kepada murid untik membuka minda serta mereka dapat menunjukkan potensi diri melalui aktiviti yang dijalankan.

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Terdapat pelbagai kepentingan atau manfaat yang boleh diperoleh daripada kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Antaranya ialah:-

  • Meningkat kekuatan mental dan fizikal murid
  • Memperluaskan minda, pengetahuan dan pengalaman murid ketika melakukan aktiviti di luar kelas.
  • Membina serta memperkembangkan sahsiah diri menjadi insan yang berguna untuk negara.
  • Membina kesihatan diri murid apabila terdedah dengan aktiviti lasak seperti Jati Diri.
  • Meningkatkan keyakinan diri murid sekaligus menerapkan sifat kepimpinan.
  • Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid serta mencungkil bakat yang dimiliki oleh murid.
  • Murid dapat menguruskan masa dengan baik dan menggunakan masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah.

Perkongsian Bersama

Diharapkan dengan perkongsian kami berkenaan Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah ini dapat digunakan dengan baik dan anda semua boleh menambahbaik sekiranya terdapat perkara yang ingin ditambah.

Kami juga ada kongsikan pelbagai bahan berkenaan kokurikulum seperti Modul Latihan Bola Jaring untuk GuruModul Latihan Bola Keranjang untuk Guru, Modul Latihan Olahraga untuk Guru ataupun Modul  Latihan Bola Sepak untuk Guru.

Pelbagai lagi informasi menarik terdapat di laman web kami Sistem Guru Online merangkumi pelbagai perkara antaranya isu semasa kerajaan, jawatan kosong dan lain-lain lagi.