Modul Modul Pandai Membaca Bahasa Inggeris Tahun 3

Modul Pandai Membaca Bahasa Inggeris Tahun 3

797

modul pandai membaca bahasa inggeris tahun 3

Modul Pandai Membaca Bahasa Inggeris Tahun 3 ini dikongsikan bagi membantu murid sekolah rendah dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

Modul ini terdapat soalan-soalan yang memerlukan murid untuk mewarna, menulis serta membacakan perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada memberikan latihan bacaan kepada murid, bahan ini juga membantu dalam meningkatkan kefahaman murid apabila membaca ayat dalam Bahasa Inggeris.

Ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak mengenai Bahasa Inggeris di peringkat awal usia mereka seperti membacakan bahan-bahan bacaan yang menarik kepada anak-anak. Kanak-kanak dapat membiasakan pendengaran mereka dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dan cara membunyikannya.

Apabila usia mereka telah mencecah 5 tahun, ibu bapa boleh meminta anak-anak untuk mereka sebuah cerita ringkas dan mempersembahkan kepada ibu bapa. Selain daripada dapat membantu dalam meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk bercakap dalam bahasa ini, ia juga dapat merangsang kreativiti mereka.

Dapatkan “Modul Pandai Membaca Bahasa Inggeris Tahun 3” di sini


Di sini kami sediakan modul yang dapat digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar murid-murid sekolah rendah. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan kepada anak-anak ketika cuti persekolahan.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Reading Module 3

Bagi memastikan anak-anak dapat menguasai Bahasa Inggeris daripada aspek bacaan, penulisan serta percakapan, ibu bapa perlulah mendidik dan mendedahkan bahan bantu mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak semasa umur mereka masih kecil lagi. Bak kata peribahasa ‘meluntur buluh, biarlah dari rebungnya’.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Pandai Membaca Bahasa Inggeris Tahun 3 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini juga dapat membantu dalam menguasai Bahasa Inggeris mereka.

Pada perkongsian lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang dapat membantu murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang bermanfaat untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu pendidikan, bantuan pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi.