Modul Modul Cekap Matematik Operasi Bahagi Sekolah Rendah

Modul Cekap Matematik Operasi Bahagi Sekolah Rendah

861

modul cekap matematik operasi bahagi

Modul Cekap Matematik Operasi Bahagi Sekolah Rendah ini adalah bagi membantu murid-murid menguasai operasi bahagi dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, ia juga boleh dijadikan sebagai soalan latihan oleh para guru bagi menguji tahap kefahaman murid mengenai topik ini.

Di dalam mata pelajaran Matematik, terdapat empat operasi asas yang utama iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi darab dan bahagi sering dianggap sukar di dalam kalangan murid sekolah. Hal ini adalah kerana mereka perlu menguasai sifir terlebih dahulu bagi menguasai dua operasi ini.

Oleh itu, ibu bapa perlulah membantu anak-anak dalam menghafal sifir. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak ialah bermain sifir dengan kad imbasan (flashcard). Kad imbasan telah menjadi salah satu alat bantu mengajar yang sering digunakan oleh ibu bapa dan guru-guru. Perkara ini adalah kerana dengan melalui kad imbasan, ia dapat membantu meningkatkan daya ingatan anak-anak dengan lebih mudah berbanding dengan hanya menghafal sifir melalui kaedah tradisional.

Dapatkan “Modul Cekap Matematik Operasi Bahagi Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami kongsikan lembaran soalan operasi bahagi yang boleh digunakan oleh para guru kepada murid-murid. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan ulangkaji atau latihan tambahan kepada anak-anak semasa cuti persekolahan.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MODUL MANTAP BAHAGI

Dengan melakukan latihan yang kerap pada setiap hari, sesuatu topik di dalam mata pelajaran Matematik akan menjadi mudah. Perkara ini adalah kerana apabila seseorang murid melakukan latihan dengan kerap, mereka akan mudah memahami dan menghafal corak sesuatu konsep matematik yang telah dipelajari.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Cekap Matematik Operasi Bahagi Sekolah Rendah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar bahan ini dapat membantu murid menguasai operasi bahagi dengan lebih baik lagi.

Pada perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan dalam membantu murid menguasai mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan yang berguna untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Kami juga berkongsi informasi terkini mengenai isu pendidikan, bantuan kerajaan dan sebagainya.