Nota Nota Pengukuran Luas, Sains Sekolah Rendah (Tahun 2)

Nota Pengukuran Luas, Sains Sekolah Rendah (Tahun 2)

357

nota pengukuran luas

Nota Pengukuran Luas, Sains Sekolah Rendah (Tahun 2) ini sesuai untuk dijadikan sebagai nota dan latihan oleh murid-murid bagi mengulangkaji topik ini.

Terdapat dua jenis luas permukaan iaitu permukaan sekata dan permukaan tidak sekata. Unit pengukuran yang sering digunakan dalam mengira luas permukaan adalah cm² (sentimeter persegi), m² (meter persegi) dan km² (kilometer persegi).

Bagi mengukur luas permukaan yang kecil seperti luas permukaan sebuah buku, jubin lantai, unit pengukuran yang digunakan adalah cm². Manakala bagi permukaan sederhana luas seperti bentangan permaidani, luas sebuah gelanggang badminton, unit pengukuran yang digunakan ialah m².

Unit pengukuran km² sering digunakan bagi mengukur luas sesuatu yang besar seperti luas sesebuah negeri, atau negara.

Di dalam bahan ini terdapat nota ringkas mengenai pengenalan luas dan fungsi beberapa unit pengukuran. Terdapat latihan yang dapat menguji kefahaman murid apabileh telah selesai mempelajari topik ini.

Dapatkan “Nota Pengukuran Luas, Sains Sekolah Rendah (Tahun 2)” di sini


Di sini kami sediakan nota yang dapat digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini kepada anak-anak sebagai nota ulangkaji untuk peperiksaan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Nota Sains Tahun 2 – Pengukuran Luas

Kesimpulannya, terdapat beberapa unit pengukuran bagi mengukur sesuatu luas atau bentangan. Murid perlulah mengenalpasti dan menggunakan unit pengukuran dengan betul jika melakukan aktiviti pengukuran.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota Pengukuran Luas, Sains Sekolah Rendah (Tahun 2) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, kami berharap agar bahan ini dapat membantu dalam pembelajaran kanak-kanak mengenai mata pelajaran Sains.

Pada perkongsian lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan mata pelajaran Sains yang dapat digunakan oleh murid. Antaranya ialah:

Bagi para guru dan ibu bapa yang ingin mendapatkan pelbagai bahan pendidikan untuk murid dan anak-anak prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga dikongsikan informasi terkini mengenai isu pendidikan, bantuan kerajaan, bantuan pendidikan dan sebagainya.