Modul Modul Panduan Bina Karangan Peristiwa Sekolah Rendah

Modul Panduan Bina Karangan Peristiwa Sekolah Rendah

536

modul panduan bina karangan peristiwa

Modul Panduan Bina Karangan Peristiwa Sekolah Rendah. Modul ini menyediakan beberapa teknik yang dapat membantu murid menghasilkan karangan peristiwa.

Karangan di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terbahagi kepada dua iaitu karangan berformat dan karangan tidak berformat. Karangan berformat terdiri daripada:

  • Karangan Berita
  • Karangan Ucapan atau Syarahan
  • Karangan Ceramah atau Pidato
  • Karangan Wawancara atau Dialog atau Temuramah
  • Karangan Surat Kiriman Rasmi atau Tidak Rasmi
  • Karangan Perbahasan

Manakala karangan tidak berformat merupakan:

  • Karangan Peribahasa
  • Karangan Cereka
  • Karangan Perbincangan / Pendapat / Ulasan / Fakta / Komentar

Membina karangan akan menjadi satu beban jika murid tidak mempunyai idea untuk menulis berkenaan dengan tajuk karagan yang dipilih. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, murid digalakkan untuk memperbanyakkan membaca bahan bacaan. Aktiviti membaca juga dapat membantu murid menambah kosa kata. Jika murid mempunyai penguasaan kosa kata yang luas, ia akan memudahkan mereka untuk menulis karangan kerana mempunyai perkataan yang sesuai untuk menghuraikan isi karangan.

Dapatkan “Modul Panduan Bina Karangan Peristiwa Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami sediakan modul yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan bersama murid. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai nota tambahan anak-anak ketika cuti persekolahan. Sumber bahan adalah daripada Perkongsian Bahan PdPc Cikgu Gopal.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul Karangan Peristiwa

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Panduan Bina Karangan Peristiwa Sekolah Rendah ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid menghasilkan karangan mengikut format yang betul.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmiĀ Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi bermanfaat untuk orang ramai.