Modul 6 Modul E-Book untuk Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-Kanak

6 Modul E-Book untuk Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-Kanak

1692

6 modul e book kemahiran bahasa dan literasi

6 Modul E-Book untuk Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-Kanak. Perkongsian 6 modul berkaitan dengan Bahasa dan Literasi awal ini telah ditulis oleh para pelajar Program Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kemahiran literasi awal merupakan segala maklumat mengenai membaca dan menulis yang diketahui oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca atau menulis. Ia boleh dipupuk oleh ibu bapa semasa kanak-kanak berada di dalam lingkungan umur 2 hingga 5 tahun.

Semua modul yang disediakan mempunyai objektif pembelajaran iaitu hasil daripada aktiviti yang dilakukan. Modul-modul ini bukan sahaja modul pembelajaran malah ia juga menyediakan permainan-permainan atau aktiviti berdasarkan pembelajaran yang boleh dilaksanakan bersama anak-anak.

Dapatkan “6 Modul E-Book untuk Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-Kanak ” di sini


Di sini kami kongsikan 6 e-book yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar kanak-kanak prasekolah. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan pengajaran anak-anak ketika di rumah. Ia merupakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak ketika masa lapang. Kredit bahan: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) UPSI.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :

  1. Modul Anak Bijak Cakap
  2. Modul Terokai Dunia Cetak
  3. Modul Bacaan Fonologi 
  4. Modul Bijak Bercerita
  5. Modul Seronok Tul-A 
  6. Modul Tulisan Pertama Saya

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai 6 Modul E-Book untuk Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-Kanak ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu perkembangan awal kanak-kanak melalui aktiviti yang disediakan di dalam setiap bahan.

Di dalam perkongsian yang lepas, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang berguna untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.