Facebook Instagram Twitter Youtube
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Search
Pendidikan Rasmi
  • Latihan
  • Motivasi
  • Nota
  • Soalan Peperiksaan
  • SPM
  • Takwim dan Jadual
  • Tips
Login Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA (TESP) 2021
  • Login

Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA (TESP) 2021

September 22, 2021
1585

permohonan program pinjaman tertiari mara 2021

Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA (TESP) 2021 kini telah dibuka bermula pada 21 September hingga 23 Oktober 2021. 

Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) ialah merupakan Program Penajaan Pengajian Tertiari berbentuk Pinjaman Bpleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Penajaan ini terbuka kepada pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinngi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan 2021.

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon tajaan ini.

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud kesuluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Bentuk Pinjaman Yang Bakal Diterima daripada pinjaman pelajaran di bawah program TESP ini merangkumi:

  1. Yuran Pengajian
  2. Elaun Sara Hidup (ESH)
  3. Elaun Pengangkutan
  4. Elaun Pengankutan (pergi dan balik) hanya layar dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah atau Sarawak atau pelajar Sabah atau Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.

tesp-mara-2021-1

Contents

  • 1 Syarat Kelayakan
    • 1.1 Syarat Umum 
    • 1.2 Syarat Kelayakan Khusus
  • 2 Cara Permohonan TESP MARA 2021
  • 3 Semakan Status TESP MARA 2021
  • 4 Maklumat Lanjut 
  • 5 Penutup

Syarat Kelayakan

Syarat Umum 

Syarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA, seperti berikut:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan
  3. Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomo (SES) yang ditetapkan
  4. Ibu, bapa dan penjaga serta pemohon tidak berada di dalam senarai hitan atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA
  5. Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama
  6. Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan

Syarat Kelayakan Khusus

  1. Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asas / Matrikulasi / Persediaan / STPM dan setaraf dengannya. Pelajar juga perlulah telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2021.
  2. Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang satu tahun.
  3. Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan.

Cara Permohonan TESP MARA 2021

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui Portal MARA pada tarikh yang telah dinyatakan.

Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.

Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohonan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Sila layari pautan permohonan: MARA – MyEduloan Portal

Info: Garis-Panduan-TSSP.pdf (mara.gov.my)

Semakan Status TESP MARA 2021

Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melakukan semakan di portal MARA dan emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekiranya dalam tempoh 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutup permohonan pelajar tidak menerima sebarang maklum balas daripada MARA, maka permohonan tersebut dianggap Tidak Berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat Lanjut 

Sekiranya ibu bapa, penjaga dan pelajar mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi melalui emel seperti berikut; [email protected]

  • Makluman di Portal MARA
    Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) – Majlis Amanah Rakyat (mara.gov.my)
  • Soalan Lazim
    Microsoft Word – FAQ POST SPM 2016 (mara.gov.my)
  • Maklumat berkenaan Program TESP (Infografik)
    TESP Ambilan Mei 2021 (anyflip.com)
  • Permohonan boleh dibuat di pautan
    MARA – MyEduloan Portal

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA (TESP) 2021 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan pelajar. Di dalam perkongsian yang lepas, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan beberapa informasi berguna untuk pelajar, antaranya ialah:

  • Bantuan Am Persekolahan untuk Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP
  • Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan lebih banyak informasi terkini mengenai bantuan kerajaan, bantuan pendidikan dan sebagainya.

Previous article6 Modul E-Book untuk Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-Kanak
Next articleModul Belajar Dari Rumah, Matematik untuk Prasekolah
Cikgu Min

RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR

APPI Login: Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen KPM (APPI SR & APPI MR)

Panduan Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) 2023

SPLKPM: SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU

Recent Posts

  • Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025
  • Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik
  • Latihan Sumatif 1 PAI Tahun 4 2025
  • Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Tahun 3 2025
We provide you with the latest breaking news and videos straight from the entertainment industry.
Contact us: [email protected]
Facebook Instagram Twitter Youtube

MUNGKIN MEMINATI

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

Ujian Sumatif 1 Bahasa Arab Darjah 1 2025

April 8, 2025
Soalan Exam Sumatif 1 Subjek Pendidikan Islam Darjah 6 2025

Soalan Exam Sumatif 1 Pendidikan Islam Darjah 6 2025

April 8, 2025
Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025

Soalan Sumatif 1 PAI Tahun 5 2025 Terbaik

April 7, 2025

KATEGORI POPULAR

  • Latihan403
  • Soalan Peperiksaan332
  • Buku Panduan & Pengurusan220
  • SPM213
  • Modul207
  • Nota172
  • UPSA132
  • Utama
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hubungi
© Pendidikan SGO