Modul Modul PDPR Bahasa Inggeris Tahun 3, Topik 4 (17-27 Mei)

Modul PDPR Bahasa Inggeris Tahun 3, Topik 4 (17-27 Mei)

1297

Modul PDPR bahasa Inggeris Tahun 3

Modul PDPR Bahasa Inggeris Tahun 3, Topik 4 (17-27 Mei). Modul pada kali ini menekankan kepada pelajar tahun 3 dalam membekalkan bahan pendidikan yang boleh digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran di rumah.

Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua bagi Malaysia dan menjadi bahasa pengantara antarabangsa. Disebabkan terdapat pelbagai kepentingan dan kelebihan bahasa inggeris, Sistem Pendidikan di Malaysia tidak terlepas pandang mengenai kepentingan Bahasa Inggeris apabila menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib di peringkat sekolah rendah dan menengah. Sebagaimana yang telah digariskan dalam wawasan 2020 adalah merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia menjadikan negara maju sepenuhnya merupakan agenda yang mencabar dan bersifat kritikal.

Apabila seseorang individu menguasai bahasa inggeris, mereka akan memperoleh keyakinan apabila bertutur dengan orang asing. Bahasa inggeris juga membuka peluang kepada individu yang berminat untuk melawati negera asing seperti Australia, Jepun dan sebagainya.

Isu Kelemahan Penguasaan Bahasa Inggeris

  • Pelajar tidak mempunyai minat dalam mempelajari subjek Bahasa Inggeris
  • Buku yang digunakan adalah tidak bersesuaian dengan pelajar
  • Ibu bapa tidak menekankan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian
  • Guru tidak bersifat kreatif dalam mempelbagaikan cara pengajaran bahasa
  • Saiz kelas yang terlalu besar mengakibatkan terdapat sebilangan pelajar yang tidak dapat diberikan perhatian dan berkemungkinan ketinggalan dalam pembelajaran

Dapatkan “Modul PDPR Bahasa Inggeris Tahun 3, Topik 4 (17-27 Mei)” di sini


Di sini kami kongsikan bahan pendidikan bahasa inggeris yang dapat digunakan semasa proses pelaksanaan PDPR. Ibu bapa juga turut digalakkan untuk memuat turun modul ini sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan kemahiran bahasa inggeris anak-anak. Sila muat turun melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Kredit kepada Facebook Teacher Hidayu

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul PDPR Bahasa Inggeris Tahun 3 Topik 4 (17-27 Mei)

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul PDPR Bahasa Inggeris Tahun 3 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dalam penyediaan bahan pendidikan kepada murid-murid, serta memberikan kaedah insentif kepada ibu bapa dalam memberikan latihan tambahan kepada anak-anak semasa berada di rumah.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsikan beberapa perkongsian berkenaan dengan isu pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini dan bahan-bahan bantu mengajar.