Modul Modul PDPR Bahasa Melayu Tahun 1

Modul PDPR Bahasa Melayu Tahun 1

6879

Modul PDPR Bahasa Melayu Tahun 1

Modul PDPR Bahasa Melayu Tahun 1 ini menyediakan latihan yang selari dengan pendidikan di sekolah bagi membantu para guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar kepada murid-murid.

Modul  pada kali ini menekankan mata pelajaran bahasa melayu bagi murid tahun 1. Di dalam latihan ini, terdapat latihan untuk mengenalpasti kata nama khas, kata nama am, dan cara menulis mengikut titik-titik yang telah disediakan.

Modul ini juga melibatkan aktiviti gunting dan tampal dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran kanak-kanak. Kepelbagaian aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi membantu perkembangan minda kanak-kanak khususnya semasa fasa perkembangan awal mereka. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa prasekolah kerana pada fasa ini, minda kanak-kanak sedang berkembang dan para guru dan ibu bapa perlu memanfaatkan fasa ini bagi memastikan minda mereka terdidik dengan pendidikan yang bermanfaat.

Kelebihan Bahan Bantu Mengajar

  1. Dapat merangsang minda pelajar untuk belajar. Penggunaan buku teks sebagai bahan bantu mengajar tidak dapat mencapai rangsangan minda yang sepatutnya kerana buku teks mengandungi terlalu banyak kandungan ayat sehingga menimbulkan perasaan bosan dalam diri pelajar.
  2. Dapat mencetuskan minat pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran kerana peralatan yang digunakan dapat menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran.
  3. Penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Dapatkan “Modul PDPR Bahasa Melayu Tahun 1” di sini


Di sini kami menyediakan bahan pendidikan yang dapat digunakan oleh para guru dan ibu bapa dalam membekalkan latihan kepada kanak-kanak semasa di rumah. Sila muat turun melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Kredit kepada Facebook BBB Cikgu Noor

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Modul PDPR Bahasa Melayu Tahun 1

Diharapkan agar dengan perkongsian mengenai Modul PDPR Bahasa Melayu Tahun 1 ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam penyediaan bahan pendidikan bermanfaat kepada kanak-kanak.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan beberapa bahan pendidikan yang lain seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online bagi mendapatkan informasi berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan, maklumat terkini mengenai bantuan kerajaan dan sebagainya.