Modul Modul PDPR Operasi Asas Matematik Tahun 3

Modul PDPR Operasi Asas Matematik Tahun 3

1409

modul pdpr matematik tahu 3 operasi asas

Modul PDPR Operasi Asas Matematik Tahun 3 ini disediakan bagi membantu para guru menyediakan bahan pembelajaran secara atas talian mengenai operasi asas Matematik Tahun 3.

Seperti yang telah dinyatakan di dalam perkongsian lepas, sifir sering digunakan di dalam operasi darab dan bahagi. Bagi membantu murid menguasai dua operasi penting ini, mereka perlulah menghafal sifir pada peringkat awal.

Terdapat pelbagai cara murid menguasai sifir. Antaranya ialah:

  1. Sebelum memulakan penghafalan sifir, perlulah memilih tempat yang tenang dan tidak bising. Persekitaran amatlah mempengaruhi hafalan dan tempat yang bising pasti mengganggu tumpuan.
  2. Bacakan setiap baris sifir dengan kuat secara berulang-ulang. Sekurang-kurangnya sehingga telinga mendengarnya.
  3. Murid tidak perlu tergesa-gesa untuk menghafal semua sifir. Mulakan dengan 5 baris sifir dahulu dan mula untuk menambahkan baris sifir apabila telah hafal dengan baik.
  4. Lakukan latihan setelah menghafal sifir. Latihan adalah cara terbaik bagi menguji tahap hafalan yang telah dilakukan. Latihan juga menggalakkan untuk murid mengingati sifir dengan tempoh yang lebih panjang.
  5. Ibu bapa juga mengambil bahagian dalam membantu murid untuk menghafal sifir. Sediakan jadual semak hafalan sifir bagi memantau hafalan mereka. Setiap baris sifir mestilah mempunyai tarikhnya. Jika mereka dapat menghafal mengikut jadual, berikan anak-anak ganjaran supaya mereka akan menjadi lebih teruja untuk meneruskan hafalan yang seterusnya.

Dapatkan “Modul PDPR Operasi Asas Matematik Tahun 3” di sini


Di sini kami kongsikan bahan pdpr yang dapat membantu sesi pembelajaran dan pengajaran secara atas talian dengan lancar. Selain daripada menjadikan bahan ini sebagai bahan pdpr, ibu bapa jugak digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai latihan tambahan untuk anak-anak di rumah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MODUL PDPR (MATEMATIK) – Operasi Asas Tahun 3

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul PDPR Operasi Asas Matematik Tahun 3 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada anak-anak. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar bahan ini dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran ini.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan seperti:

Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti ini.