Nota Nota dan Latihan Kata Sendi Nama bermanfaat untuk Murid

Nota dan Latihan Kata Sendi Nama bermanfaat untuk Murid

10069

nota dan latihan kata sendi nama

Nota dan Latihan Kata Sendi Nama bermanfaat untuk Murid dalam menguasai tatabahasa Bahasa Melayu dengan lebih baik.

Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa nama.

Contoh kata sendi nama ialah di, bagai, laksana, antara, ke, demi dan sebagainya. Ia terletak di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan dipisahkan daripada perkataan yang berikutnya.

Di dalam nota ini, telah disenaraikan kata sendi nama bersama maksud bagi setiap kata sendi nama tersebut. Pada masa yang sama, di dalam nota tersebut dilengkapkan sekali dengan contoh penggunaan kata sendi nama dalam ayat yang lengkap. Hal ini demikian bagi membantu murid memahami nota ini.

Latihan yang dikongsikan juga mempunyai pelbagai bentuk soalan antaranya ialah pembinaan ayat menggunakan kata sendi nama, melengkapkan ayat menggunakan kata sendi nama yang betul. Terdapat juga bentuk soalan objektif yang dapat membantu penguasaan murid terhadap penggunaan kata sendi nama dengan betul.

Bahan yang dikongsikan ini boleh digunakan kepada murid yang bakal menghadapi peperiksaan sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Hal ini kerana, walaupun murid telah memasuki Tingkatan 5 masih terdapat sebilangan murid yang tidak menguasai penggunaan kata sendi nama dengan betul

Dapatkan “Nota dan Latihan Kata Sendi Nama” di sini


Di sini kami kongsikan nota dan latihan yang boleh digunakan oleh guru bagi murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Ibu bapa juga turut digalakkan untuk memberikan bahan ini kepada anak-anak sebagai bahan untuk mengulangkaji pelajaran.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang diberikan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota dan Latihan Kata Sendi Nama bermanfaat untuk Murid ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang dapat membantu meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan. Antaranya ialah:

Bagi mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa dan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti di atas, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.