Modul Suku Kata (V+KV) dan Awalan Huruf Vokal ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar para guru kepada murid prasekolah.
Modul Suku kata ini membantu murid dalam mengeja dan proses membaca mereka. Menurut Atan Long (1976, membaca adalah proses menterjemah bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis tersebut. Menurut Dr. Koh Boh Boon, membaca dapat membantu perkembangan kognitif dan afektif seseorang murid. Justeru itu, kemahiran membaca juga perlu dikuasai diperingkat awal persekolahan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan agar mereka dapat berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dapatkan “Modul Suku Kata (V+KV) dan Awalan Huruf Vokal” di sini
Di sini kami sediakan modul yang boleh digunakan oleh para guru sebagai bahan bantu mengajar murid prasekolah. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai alat bantu mengajar ketika berada di rumah. Aktiviti di dalam modul ini boleh memberikan kanak-kanak perkara yang berfaedah untuk dilakukan ketika masa lapang. Sumber bahan adalah daripada telegram Brainy Smart NUR.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Suku Kata (V+KVK) & Awalan Vokal
Semasa di awal umur kanak-kanak, ibu bapa digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah yang kreatif dalam memberikan pendidikan kepada mereka. Kanak-kanak di awal umur mereka mempunyai daya ingatan yang masih kuat oleh kerana ini, pendidikan perlulah diberikan ketika umur mereka telah mencapai usia 4 tahun.
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Suku Kata (V+KV) dan Awalan Huruf Vokal ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar modul ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah untuk belajar membaca.
Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan unutk murid prasekolah. Antaranya ialah:
- Lembaran Kerja Membaca Jam untuk Murid Prasekolah
- Modul PDPR Bahasa Melayu Prasekolah: Kebersihan Diri
- Lembaran Kerja Prasekolah: Mengenali Huruf Vokal
- Lembaran Pelbagai Aktiviti Menarik untuk Murid Prasekolah
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari lamam sesawang Sistem Guru Online. Di dalam laman sesawang ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa, isu pendidikan, iklan jawatan kosong dan pelbagai lagi informasi berguna untuk orang awam tidak kira guru, ibu bapa dan pelajar.