Modul Modul 50 Suku Kata Terbuka Jawi

Modul 50 Suku Kata Terbuka Jawi

1744

modul 50 suku kata terbuka jawi

Modul 50 Suku Kata Terbuka Jawi ini sesuai untuk digunakan oleh para guru dan ibu bapa dalam mengajar kanak-kanak berkenaan dengan penulisan Jawi semasa di awal usia mereka.

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang digunakan pada Batu Bersurat Terengganu yang menunjukkan pengaruh agama Islam di kawasan Tanah Melayu. Jawi juga merupakan sejenis seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara.

Tulisan Jawi merupakan antara tulisan terawal yang ditemui dan mempunyai ciri-ciri tertentu. Terdapat empat ciri utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu tulisan ini bertindak secara menegak, ligatur, aksara-aksara berbaris atau mempunyai titik.

Antara kepentingan tulisan jawi pada waktu ini adalah ia penting dalam pembelajaran al-Quran yang sangat mengutamakan tulisan jawi. Selain itu, tulisan jawi juga menjadi lambang kesenian dan identiti umat Islam sendiri.

Dapatkan “Modul 50 Suku Kata Terbuka Jawi” di sini


Di sini kami sediakan modul yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar oleh para guru kepada murid prasekolah dan murid tahap 1. Ibu bapa juga boleh menggunakan bahan ini sebagai aktiviti yang boleh dilakukan kanak-kanak ketika waktu lapang. Sumber bahan adalah daripada telegram Sharing & Collection BBM HH EduKids.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Latihan suku kata terbuka jawi

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul 50 Suku Kata Terbuka Jawi ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam membekalkan bahan pendidikan yang mencukupi kepada murid dan anak-anak tidak kira ketika tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau tidak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar modul ini dapat membantu kanak-kanak mempelajari Jawi dengan lebih mudah.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang bermanfaat untuk murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti isu pendidikan, iklan jawatan kosong dan lebih banyak lagi informasi berguna untuk guru-guru, ibu bapa dan orang ramai.