Nota Nota dan Latihan Membina Ayat Tahap 2 (Teknik SiPOKet)

Nota dan Latihan Membina Ayat Tahap 2 (Teknik SiPOKet)

3488

nota dan latihan bina ayat

Nota dan Latihan Membina Ayat Tahap 2 (Teknik SiPOKet). Terdapat banyak kaedah dan teknik untuk membina ayat yang disediakan. Pada kali ini, kami berkongsi nota dan latihan untuk membina ayat menggunakan teknik SiPOKet.

Teknik Membina Ayat menggunakan teknik SiPOKet adalah ringkasan daripada:

  • Siapa
  • Perbuatan
  • Objek
  • Keterangan

Teknik ini akan lebih berkesan jika terdapat gambar sebagai rujukan murid. Melalui gambar tersebut, murid dapat mengenalpasti Si(Siapa), POK (Perbuatan dan Objek) dan ket (Keterangan).

Latihan yang disertakan juga adalah pelbagai dan tidak hanya fokus kepada satu bentuk latihan sahaja. Misalnya, latihan menghasilkan ayat berdasarkan gambar, latihan mengisi ruangan mengikut kategori bagi membentuk satu ayat dan sebagainya.

Teknik SiPOKet adalah teknik yang paling asas dan mudah yang boleh dilakukan oleh murid. Jika terdapat kekeliruan, murid digalakkan untuk merujuk kepada guru untuk mendapatkan keterangan.

Dapatkan “Nota dan Latihan Membina Ayat Tahap 2 (Teknik SiPOKet)” di sini


Di sini kami kongsikan satu lembaran nota dan latihan bina ayat. Murid dapat belajar cara untuk membina ayat yang sempurna menggunakan teknik SiPOKet melalui nota dan lembaran latihan yang disediakan. Sumber bahan adalah daripada telegram Koleksi Cikgu Nisah.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MEMBINA AYAT TAHAP 2 (TEKNIK SiPOKet)

Kesimpulannya, setiap ayat mempunyai subjek dan objek bagi melengkapkan satu binaan ayat. Ayat yang tidak mempunyai subjek (pelaku) dan perilaku merupakan ayat yang tidak sempurna dan dianggap sebagai ayat tergantung.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Nota dan Latihan Membina Ayat Tahap 2 (Teknik SiPOKet) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu murid membentuk dan membina ayat dengan sempurna.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid prasekolah dan sekolah rendah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmiĀ Sistem Guru Online. Kami juga ada berkongsi beberapa informasi berguna seperti bantuan kerajaan dan sebagainya.