Buku Panduan & Pengurusan Pentaksiran Baharu Kemasukan Sekolah Khusus 2021

Pentaksiran Baharu Kemasukan Sekolah Khusus 2021

2001

Pentaksiran Baharu Kemasukan Sekolah Khusus 2021. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus, iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk tahun 2021.

Single Entry Point

KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Sekolah Khusus

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus ini melibatkan:

Permohonan

Sehubungan dengan itu, permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus boleh diakses melalui pautan:

Tingkatan Satu
https://spskt1.moe.gov.my

Tingkatan Empat
https://spskt4.moe.gov.my

Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang akan ditetapkan di seluruh negara.

Tarikh Permohonan

Tarikh bagi permohonan dalam talian, semakan pentaksiran dan pelaksanaan pentaksiran adalah seperti berikut:

Pentaksiran

Pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%).

Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalam secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.

Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan melalui portal KPM pada 1 September 2020

Dapatkan “Pentaksiran Baharu Kemasuakan Sekolah Khusus 2021” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download :
KENYATAAN MEDIA PENTAKSIRAN BAHARU KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2021

 

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian ini iaitu Pentaksiran Baharu Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2021 memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada warga pendidik dan murid-murid serta ibu bapa. Jom sertai kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.