Admin kali ini kongsikan bahan Persediaan peperiksaan akhir tahun bahasa melayu tahun 2 bagi meningkatkan lagi keyakinan pelajar menduduki peperiksaan. Persediaan peperiksaan merupakan tempoh yang banyak membantu pelajar lebih memahami pelajaran dengan tujuan untuk memudahkan mereka menjawab soalan peperiksaan nanti.
Contents
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2
Silibus Pembelajaran
Bagi pelajar tahun 2, pelajar ditekankan untuk menguasai 4 tema dan 12 unit kesemuanya berdasarkan silibus buku teks bahasa melayu tahun 2. Jadual berikut menunjukkan senarai silibus bahasa melayu tahun 2.
Tema | Unit |
---|---|
Tema 1 Kekeluargaan | Unit 1: Hari Minggu dengan Keluarga |
Tema 2 Perpaduan | Unit 2: Cerita Keluarga Unit 4: Sahabat Karib Unit 3: Keluarga Berhemah Unit 5: Hidup Berjiran Unit 6: Sepakat Membawa Berkat |
Tema 3 Kebersihan Dan Kesihatan | Unit 7: Kebersihan Bermula dari Rumah Unit 8: Jadikan Amalan |
Tema 4 Kebudayaan Kita | Unit 9: Aktifkan Diri Unit 10: Uniknya Budaya Kita Unit 11: Kesenian Dihargai Unit 12: Amalan Baik |
Modul
Modul merupakan bahan yang disediakan bagi membantu merancang sesi pembelajaran dalam kelas dengan lebih mudah dan juga himpunan latihan yang mewakili beberapa tajuk.
Modul Bahasa Melayu Tahun 2
Sebagai bantuan kepada para guru merancang sesi pembelajaran, admin kongsikan modul bahasa melayu tahun 2 yang sanagt menarik. Modul ini mengandungi 140 muka surat yang merangkumi banyak bab dalam silibus tahun 2.
Sila dapatkan modul bahasa melayu tahun 2 dengan menekan pautan di bawah.
Diharap perkongsian kali ini dapat membantu para guru merancan sesi pembelajaran yang lebih berkesan.
Nota
Nota merupakan bahan yang digunakan oleh pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan sebagai rujukan sewaktu membuat latihan.
Nota Ringkas Bahasa Melayu Tahun 2
Berikut merupakan nota ringkas bahasa melayu tahun 2 yang boleh digunakan oleh para guru untuk memberi nota yang perlu pelajar salin dalam buku nota. Nota ini hanya dua muka surat dan mengandungi Kata adjektif, Kata hubung, Kata tanya dan banyak lagi.
Dapatkan nota ringkas bahasa melayu tahun 2 dengan menekan pautan di bawah
Nota Bergambar Tatabahasa Tahun 2
Admin kongsikan nota bergambar tatabahasa tahun 2 sebagai bekalan bagi ulangkaji pelajar yang dilakukan di rumah. Nota 8ni mengandungi 20 muka surat dan dengan kaedah penerangan yang !udah difahami pelajar.
Sila tekan link berikut untuk mendapatkan nota bergambar tatabahasa tahun 2:
Video Pendidikan
Selain membekalkan pelajar dengan nota, para guru boleh kongsikan video-video pendidikan yang bermanfaat ke dalam group ibu bapa sebagai bahan tontonan ketika cuti sekolah.
Admin kongsikan video daripada youtube yang bertajuk ayat perintah yang boleh ibu bapa aplikasikan di rumah. Anda boleh klik link berikut : Tahun 2 | Bahasa Melayu | Tatabahasa: Kata Perintah dan Ayat Perintah
Video berikut disediakan oleh channel my guru.
Kuiz
Aktiviti di dalam kelas merupakan suatu galakan yang boleh dilakukan oleh para guru sekarang bagi menggiatkan penglibatan pelajar dan menguatkan pemahaman seperti menjawab kuiz berdasarkan tajuk yg dipelajari.
Pop Kuiz Bahasa Melayu Tahun 2
Mari gunakan kuiz berikut sebagai latihan sekaligus membantu pelajar menbuat ulangkaji pelajaran. Bahan ini juga boleh digunakan sebagai tugasan sewaktu guru tidak dapat masuk kelas atas urusan luar bilik darjah.
Jangan lupa untuk dapatkan kuiz bahasa melayu tahun 2 dengan meng klik link dibawah.
Bahan Persediaan Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun 2
Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, pelajar boleh menjawab soalan peperiksaan lepas bagi membiasakan diri dengan format soalan sebenar dan sebagai sesi ualang kaji yang berkesan.
Himpunan Soalan Peperiksaan
Kertas soalan peperiksaan bahasa melayu tahun 2 hanya satu kertas dan mengandungi bahagian objektif dan subjektif.
Para guru boleh jadikan soalan berikut sebagai tugasan cuti sekolah di samping ibu bapa boleh membantu pelajar menjawab .
Kertas soalan peperiksaan |
---|
Kertas soalan set 1 |
Kertas soalan set 2 |
Kertas soalan set 3 |
Kertas soalan set 4 |