Sebagai bantuan bagi pelajar membuat persiapan sebelum peperiksaan akhir tahun pendidikan islam tahun 2, admin kongsikan beberapa bahan bagi meningkatkan pemahaman pelajar. Pemahaman pelajar dapat ditingkatkan dengan memperbanyakkan latih tubi dan ulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan.
Contents
Subjek Pendidikan Islam tahun 2
Silibus Pembelajaran
Pelajar tahun 2 perlu menguasai 8 bidang dan 22 unit berdasarkan silibus yang terkandung dalam buku teks pendidikan islam tahun 2. Jadual berikut menunjukkan bidang dan unit silibus pendidikan islam tahun 2.
Bidang | Unit 1 |
---|---|
Bidang Al-Quran (Tilawah) | Unit 1 Membaca surah an-nas Unit 2 Membaca surah falak |
Bidang Al-Quran (Hafazan) | Unit 3 Menghafaz surah an-nas Unit 4 Surah al-falaq |
Bidang Al-Quran (Tajwid) | Unit 5 Kenali mad asli Unit 6 Kenali bacaan nun dan mim |
Bidang Jawi | Unit 7 Kampungku permai Unit 8 Pemandanganku indah Unit 9 Kampungku damai |
BIDANG AKIDAH | Unit 10 Kenali sifat-sifat allah al-ahad dan as-somad Unit 11 Malaikat yang setia |
Bidang Ibadah | Unit 12 Diriku bersih Unit 13 Solatku sempurna Unit 14 Bacaan wajib solatku Unit 15 Bacaan sunnah solatku |
Bidang Sirah | Unit 16 Suci hati kekasih allah Unit 17 Nabi muhammad al-amin Unit 18 Sahabat sejati |
Bidang Adab | Unit 19 Berkati rezekiku Unit 20 Indahnya persahabatan Unit 21 Perkenankan doaku Unit 22 Kekasihku rasulullah sallallahualaihiwasallam |
Modul
Kesibukan guru dengan tugasan luar kelas sedikit sebanyak memberi kesan dalam merancang sesi pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, dengan adanya modul-modul yang membantu para guru merancang sesi pembelajaran menjimatkan masa dan beban mereka.
Modul Nabi S.A.W dan Sahabat Sejati
Admin kongsikan modul nabi S.A.W dan sahabat sejati yang disediakan oleh SK Panglima Habibullah Tawau bagi membantu guru merancan sesi pembelajaran dengan mudah. Modul ini merangkumi 32 mukasurat termasuk muka hadapan.
Dapatkan modul nabi S.A.W dan sahabat sejati ini dengan menekan pautan berikut
Semoga modul ini dapat membantu para guru merancanag sesi embelajaran dengan lebih baik.
Nota
Bagi pelajar tahun 2, para guru akan membuat ringkasan daripada buku teks dan disalin oleh pelajar ke dalam buku nota. Proses pelajar menyalin nota merupakan juga proses mengingat dengan baik. Oleh itu, para guru boleh menggunakan nota yang admin kongsikan sama ada di tayang menggunakan slide atau disalin semula di papan putih.
Nota Malaikat Yang Setia Tahun 2
Admin kongsikan nota pendidikan islam tajuk malaikat yang setia tahun 2 yang disediakan oleh Siti Norazzila Buyin sangat mudah difahami dan berlatar belakangkan taman. Nota ini mengandungi 9 muka surat termasuk muka hadapan.
Dapatakan nota malaikat yang setia tahun 2 dengan menekan pautan berikut:
Nota Nabi Al Amin Tahun 2
Nota bidang sirah yang admin kongsikan kali ini dengan tajuk Nabi Al Amin Tahun 2 yang dihiasi dengan animasi yang comel dan huraian nota yang mudah difahami. Ustazah Farha merupakan indiidu yang berjasa membuat nota ini yang mempunyai 7 muka surat termasuk muka hadapan.
Mari dapatkan bahan Nota Nabi Al Amin Tahun 2 dengan mengklik link yang admin sediakan di bawah:
Kuiz
Persaingan adakalanya sangat membantu meningkatkan semangat pelajar memberi perhatian dalam kelas. Antara perkara yang boleh mewujudkan persaingan yang sihat adalah dengan menjawab kuiz dalam kelas berdasarkan tajuk yang dipelajari dalam kelas.
Kuiz Online Malaikat Yang Setia
Sebagai aktiviti pengukuhan, para guru boleh gunakan kuiz bagi menguji pemahaman pelajar dan ia juga membantu meningkatkan pemahaman pelajar apabila guru menerangkan mengapa kawan mereka memilih jawapan yang salah.
Boleh Download Kuiz Pendidikan Islam Tahun 2
Banyak cara untuk membuat ulangkaji pelajaran dengan berkesan. Para guru dan ibu bapa boleh gunakan kuiz di bawah sebagai bahan latih tubi pelajar sebagai persediaan menduduki peperiksaan.
Mari dapatkan kuiz pendidikan islam tahun 2 dengan menekan pautan berikut.
Bantuan Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Islam tahun 2
Peperiksaan merupakan proses penilaian tahap penguasaan pelajar dalam sesuatu subjek dengan baik. Selain itu, persediaan sebelum peperiksaan turut sebagai proses pembelajaran dengan mengulangkaji pelajaran melalui membaca, menjawab soalan latih tubi dan banyak lagi.
Himpunan Soalan Peperiksaan
Soalan peperiksaan tahun-tahun lepas boleh dijadikan sebgai latih tubi bahkan sangat membantu pelajar membiiasakan diri menjawab soalan dengan format soalan peperiksaan yang sebenar.
Himpunan soalan peperiksaan |
---|
Kertas Soalan set 1 |
Kertas Soalan set 2 |
Kertas Soalan set 3 |
Kertas Soalan set 4 |