Informasi Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara (IKN) 2021

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara (IKN) 2021

233

 

permohonan kemasukan Institut Kraf Negara 2021

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara (IKN) 2021. Bagi murid pelajar lepasan SPM yang berusia 18 hingga 35 tahun, permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara kini dibuka sehingga 30 September 2021.

Pada bulan Ogos 2001, Penubuhan Institut Kraf Negara (IKN) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Ia merupakan satu detik peralihan (turning point) yang penting serta menjadi satu mercu tanda dalam perkembangan industri kraf di negara. IKN berperanan sebagai is institusi pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan lulusan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang kraf.

Latihan kemahiran kraf mula diperkenalkan pada tahun 1967 dengan wujudnya Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan (PKPT) di bawah RIDA/MARA.

Kemudiannya, Peranan latihan pertukangan diambil alih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia (LKM) pada April 1973.

Pada 1 Oktober 1979, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) ditubuhkan di bawah Akta 222 menggantikan LKM. Program latihan kemahiran kemudiannya diambil alih oleh Kraftangan Malaysia pada tanggal Oktober 1979 sehingga hari ini.

Seterusnya, pada Ogos 2001 Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan IKN yang akan mentauliahkan Diploma dan Sijil kepada para pelajar. Bermula pada sesi pengajian 2002/2003, IKN mengorak langkah dengan mengambil pelajar baru di peringkat diploma.

Walaupun IKN menawarkan program Diploma, pengajian program sijil tetap diteruskan.

Bidang Ditawarkan oleh Institut Kraf Negara

Di institut ini mempunyai tiga program pengajian dan enam jurusan yang boleh dipilih. Pemohon boleh memilih untuk menyambung pengajian di Diploma, Sijil Seni Kraf atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang:

  • Batik
  • Tenunan
  • Kayu
  • Logam
  • Seramik
  • Rotan

Kelebihan & Keistimewaan Menyambung Pengajian Di IKN

Pengajian di IKN adalah PERCUMA dan Bebas Hutang PTPTN.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • Asrama PERCUMA
  • Makan Minum PERCUMA
  • Bahan dan Alat Bengkel DISEDIAKAN
  • Elaun Sara Hidup Bulanan

Antara bidang yang boleh diceburi selepas tamat pembelajaran:

  • Menjadi usahawan kraf
  • Bekerja dengan usahawan kraf
  • Bekerja sebagai pereka
  • Bekerja sebagai pakar
  • Mendaapt Peluang sebagai Tenaga Pengajar
  • Boleh menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti di Malaysia

Cara Permohonan Ke Insititut Kraf Negara (IKN) 

Untuk mendapatkan peluang sebagai pelajar di Institut Kraf Negara, sila daftar secara dalam talian di IKN – National Craft Institute.

Syarat Program Diploma Seni Kraf:

  1. Memenuhi Syarat Am Institut; DAN
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan mininum 3 kredit dalam mana-mana pelajaran; ATAU
  3. Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara; ATAU
  4. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minimun satu kredit atau setara; DAN
  5. Lulus temuduga dan ujian lukisan.

Syarat Program Sijil Seni Kraf:

  1. Memenuhi Syarat Am institut; DAN
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum satu kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
  3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara; DAN
  4. Lulus temuduga dan ujian lukisan.

Syarat Program Sijil Kemahiran Malaysia:

  1. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  2. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

Berikut merupakan iklan bagi kemasukan Institut Kraf Negara.

iklan kemasukan ke insititut kraf negara

Untuk maklumat lanjut tentang Institut Kraf Negara, sila ikuti saluran berikut:

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara (IKN) 2021 ini dapat memberikan manfaat kepada para ibu bapa dalam memberikan peluang kepada anak-anak lepasan SPM dalam menyambung pengajian yang lebih tinggi.

Berita baik untuk pelajar kelahiran Johor, terdapat Skim Bantuan Pendaftaran IPT oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi tahun 2021.

Bagi ibu bapa, guru dan pelajar yang ingin mendapatkan informasi terkini mengenai isu semasa seperti isu pendidikan, bahan pendidikan dan bantuan kerajaan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.