Latihan Bahan Bacaan Prasekolah Mengikut Urutan Huruf

Bahan Bacaan Prasekolah Mengikut Urutan Huruf

2505

bahan bacaan prasekolah mengikut urutan huruf

Bahan Bacaan Prasekolah Mengikut Urutan Huruf ini sesuai untuk diberikan kepada murid prasekolah dan tahap 1 bagi membantu kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris.

Apabila mengajar anak-anak mengenai Bahasa Inggeris, ia perlu dimulakan dari awal usia lagi bagi memudahkan mereka memahami cara sebutan, konsep tatabahasa dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk menggunakan bahan bacaan Bahasa Inggeris sebagai bahan bacaan kepada anak-anak ketika usia mereka mencapai 3 tahun.

Walaupun pada usia ini mereka tidak lagi boleh bercakap dan memahami apa yang dibacakan, sedikit sebanyak ia membantu kanak-kanak mempelajari cara sebutan bagi sesuatu perkataan.

Selain daripada menggunakan bahan bacaan pada awal usia, ibu bapa juga boleh memberikan video-video hiburan yang bersesuaian dengan usia mereka di dalam Bahasa Inggeris. Misalnya, membuka kartun yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan mereka.

Ramai ibu bapa akan risau apabila mendedahkan anak-anak dengan teknologi di awal usia. Jadi, ibu bapa perlulah peka dan menyekat penggunakan gadjet anak-anak supaya tidak menjadi suatu ketagihan.

Dapatkan “Bahan Bacaan Prasekolah Mengikut Urutan Huruf” di sini


Di sini kami sediakan bahan bacaan untuk murid prasekolah sebagai bahan bantu mengajar guru-guru. Ibu bapa juga digalakkan untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan belajar semasa di rumah bagi membantu anak-anak untuk membaca. Sumber bahan adalah daripada telegram Nota Bahasa Inggeris. 

Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Bahan Bacaan ABC

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Bahan Bacaan Prasekolah Mengikut UrutanHuruf ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak menguasai pembacaan dalam bahasa inggeris.

Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang sesuai untuk digunakan oleh murid prasekolah. Antaranya ialah:

Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini mengenai isu-isu semasa seperti isu pendidikan, bantuan kerajaan dan pelbagai lagi informasi yang bermanfaat untuk para guru, ibu bapa dan orang awam.