Informasi Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021

493

permohonan skim bantuan pendaftaran ipt ypj 2021

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 merupakan bantuan yang disediakan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kepada penuntut baharu IPT sebanyak RM500 bagi peringkat diploma dan RM1,000 bagi ijazah sarjana muda.

Kerajaan Johor mengharapkan agar bantuan menerusi YPJ ini sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan bebanan kewangan anak-anak kelahiran Johor yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta yang terpilih.

Syarat Am Permohonan

Sila semak syarat permohonan di bawah:

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
  2. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTA yang terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
  3. Pemohon telah mendapatkan surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapat Ibu DAN bapa/ Penjaga tidak melebihi RM4,000.00 sebulan dan RM4,001 hingga RM5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon hanyak layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa jenis bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurusan besar YPJ

Dokumen Wajib

  1. Slip Pengesahan Permohonan ‘Skim Bantuan Pendaftaran”
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  6. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
  7. Salinan Sijil Kematian/ Penceraian (Jika Berkaitan)
  8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDATAN).

NOTA:

  • Sekiranya ibu bapa/ penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) atau tidak bekerja (suri rumah/ pesara/ pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
  • Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya.

Cara Menghantar Dokumen Permohonan dan Sokongan

  1. Susunan dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan dan masukkan kesemua dokumen sokongan dan permohonan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam pada bahagian belakang dengan kemas.
  2. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang dipohon, samada : PINJAMAN, SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
  3. Masukkan ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (Jika memilih kaedah serah tangan). Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah pos yang mempunyai tracking number. 
  4. Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ di dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

Maklumat Lanjut

Peminjam boleh menghantar sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor 2021 (YPJ 2021) di saluran berikut:

Aplikasi Whatsapp

  • Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
  • Aduan Pelanggan: 013-7411 355
  • Bantuan Pendidikan: 013-7217 355/ 013-7290 355
  • Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753

Emel Rasmi

[email protected]

Rujuk di pautan rasmi Yayasan Pelajaran Johor untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

iklan pinjaman skim pendaftaran

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam memberikan bantuan kepada anak-anak. Sebelum ini, kami ada berkongsi beberapa informasi yang bermanfaat untuk ibu bapa, antaranya ialah:

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi informasi terkini mengenai isu-isu semasa, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.