Bukan mudah untuk mendidik pelajar yang masih muda dan baru belajar untuk mengenal huruf. Apa lagi untuk menarik perhatian mereka untuk memberikan fokus dalam tempoh masa yang lama untuk mempelajari sesuatu.
Mengenali, mempelajari dan mengingati adalah proses yang berbeza dan perlu melalui beberapa peringkat bagi pelajar yang masih baharu. Oleh itu, ada sesetengah pelajar yang memerlukan lebih banyak perhatian dan teknik yang berbeza untuk mempelajari sesuatu.
Guru juga memainkan peranan yang sangat penting terutamanya guru pra sekolah. Guru pra sekolah adalah guru yang paling banyak memberikan tunjuk ajar dalam semua bidang pada peringkat awal untuk kanak-kanak.
Menjadi guru pra sekolah juga memerlukan kita untuk lebih bersabar dan juga kreatif demi memastikan ilmu yang diajar dapat disampaikan dengan sebaiknya kepada anak-anak.
Oleh itu, Tcer ingin kongsikan file pdf yang boleh guru muat turun dan cetak dengan mudah. File ini diberi nama ALPHABET STORIES yang mengandungi cerita menarik mengenai huruf dan dilengkapi dengan gambarajah berwarna supaya kelihatan lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar.
MUAT TURUN SEKARANG :