Semakin bertambah nilai digit, semakin rumit sebuah pengiraan. Namun begitu, jika pelajar dapat memahami nilai digit dan konsep pengiraan yang perlu dilakukan, ia bukanlah sesukar yang dilihat.
Ada pelbagai teknik dan kaedah yang mudah dan ringkas boleh digunakan dalam mengajar proses pengiraan kepada pelajar. Sebagai guru, dan ibu bapa, anda perlu lebih kreatif dan sabar dalam menyampaikan proses pembelajaran kerana semakin meningkat tahap pelajaran, semakin sukar untuk mereka memahami sesuatu topik.
Buat kajian dan cari kaedah yang bersesuaian. Sesetengah pelajar memerlukan pendekatan yang berbeza untuk subjek yang berbeza.
Bagi memudahkan urusan guru dan ibu bapa, Tcer kongsikan lembaran kerja yang melibatkan penolakan dua digit beserta lembaran skema jawapan. Set ini lengkap dengan pengiraan bentuk lazim yang melibatkan dua angka. Anda hanya perlu muat turun dan cetak lembaran ini untuk diedarkan kepada pelajar.
MUAT TURUN SEKARANG :
(500)2 Digits Subtraction Answer