Latihan TAHAP 1 : SINGLE AND DOUBLE DIGIT SUBSTRACTION

TAHAP 1 : SINGLE AND DOUBLE DIGIT SUBSTRACTION

58

Sekiranya pelajar telah menguasai single digit substraction/penolakan, guru dan ibu bapa boleh memperkenalkan single dan double digit substraction secara berperingkat. Boleh juga gunakan teknik yang sama dengan menggunakan objek sebagai gambaran kepada digit untuk memudahkan pelajar membuat kira-kira. Tetapi dalam masa yang sama juga, perkenalkan mereka dengan kira-kira bentuk lazim, dan terangkan bagaimana pengiraan bentuk lazim berfungsi supaya mereka dapat memahami dengan baik sebelum ke peringkat seterusnya yang melibatkan peningkatan digit dalam pengiraan.

Lembaran kerja yang Tcer kongsikan ini terdiri daripada proses pengiraan yang melibatkan single dan double digit. Ini sebagai permulaan yang mudah untuk memperkenalkan peningkatan digit dalam proses pengiraan dengan masih mengekalkan satu digit.

Silakan muat turun dengan percuma dan cetakkan lembaran kerja ini untuk diedarkan kepada pelajar. Tcer selitkan juga lembaran skema jawapan bagi memudahkan pelajar untuk membuat rujukan sekiranya melakukan kerja ini secara bersendirian.

MUAT TURUN SEKARANG :

(500)1&2 Digits Subtraction

(500)1&2 Digits Subtraction Answer