Informasi TAHAP 1 : SINGLE DIGIT SUBSTRACTION

TAHAP 1 : SINGLE DIGIT SUBSTRACTION

68

Matematik tahap 1 adalah asas yang perlu dipelajar oleh setiap pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran dalam peningkatan tahap pembelajaran akan datang. Setiap topik dalam matematik mempunyai tahap-tahap tertentu yang perlu dipelajari secara berperingkat bagi memudahkan pelajar menerima apa yang dipelajari dan dapat membantu mereka memahaminya dengan lebih baik.

Set lembaran kerja kali ini adalah mengenai topik PENOLAKAN atau SUBSTRACTION yang melibatkan single digit atau satu digit. Pelajar perlu memahami konsep penolakan bermula dengan satu digit sebelum ke peringkat seterusnya yang melibatkan lebih dari satu digit.

Penolakan adalah tidak jauh berbeza dari konsep penambahan. Teknik yang boleh digunakan untuk mengajar pelajar juga tidak jauh berbeza cuma konsepnya sahaja yang berubah.

Mulakan dengan teknik yang ringkas dan mudah seperti menggunakan objek untuk melambangkan kuantiti yang atau digit. Ini lebih mudah untuk pelajar memahami dan melihat konsep penolakan atau penambahan yang berlaku.

Muat turun lembaran kerja ini untuk lebih mudah mencetak dan mengedarkan kepada pelajar. Gunakan lembaran kerja ini dengan pantauan dari guru dan ibu bapa untuk memastikan pelajar memahami konsep penolakan dengan baik sebelum ke peringkat seterusnya. Lembaran kerja ini juga dilengkapi dengan lembaran skema jawapan untuk memudahkan pelajar menyemak jawapan mereka.

MUAT TURUN SEKARANG :

(500)1 Digit Subtraction

(500)1 Digit Subtraction Answer