Latihan ENGLISH WORKSHEET TAHAP 1 : WORD SEARCH

ENGLISH WORKSHEET TAHAP 1 : WORD SEARCH

262

Cari perkataan tersembunyi merupakan salah satu aktiviti paling menyeronokkan untuk dilakukan, apa lagi jika ia mempunyai gambarajah yang boleh membantu untuk kita mencari dengan lebih mudah. Aktiviti word search ini boleh dipelbagaikan temanya seperti menggunakan objek, kata nama khas, bentuk, warna, dan lain-lain lagi.

Di sini Tcer kongsikan set lembaran word search berbahasa inggeris untuk kemudahan para guru dan ibu bapa yang sedang mencari aktiviti bersesuaian untuk dilakukan bersama pelajar sama ada di dalam kelas semasa sesi pembelajaran atau untuk mengisi masa lapang.

Lembaran word search ini terdiri daripada 38 muka surat yang lengkap dengan gambarajah pelbagai tema word search. Ia juga boleh dilakukan mengikut kreativiti masing-masing atau berdasarkan arahan yang tertera.

Muat turun dan cetak lembaran ini menjadi seperti booklet, dan edarkan kepada pelajar untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti ini sama ada di dalam kelas bersama rakan dan guru atau semasa di rumah bersama ibu bapa.

Lembaran ini juga boleh dijadikan sebagai pembelajaran sampingan kerana ia bukan sahaja menarik tetapi juga mudah, ringkas dan menyeronokkan.

MUAT TURUN SEKARANG :

A315 – Word search