Latihan PRESCHOOL MATHEMATIC – MATH DRILL ADDITION 1-10

PRESCHOOL MATHEMATIC – MATH DRILL ADDITION 1-10

215

Sejak kebelakangan ini, cuaca di Malaysia menjadi semakin panas sehingga suhu mencecah 37-38 celcius. Ini bukanlah sesuatu yang boleh di ambil mudah terutama sekali di kalangan ibu bapa dan guru yang perlu memberikan lebih perhatian kepada kanak-kanak untuk memastikan mereka kekal terhidrasi dan dapat mengelakkan terjadinya strok haba.

Pihak Kementerian Pendidikan juga telah bersetuju dengan penutupan sekolah jika perlu sekiranya suhu mencapai tahap yang membimbangkan memandangkan telah ada beberapa kes kematian direkodkan berpunca dari strok haba di kalangan kanak-kanak.

Oleh itu, ibu bapa dan para guru seharusnya bersiap sedia bukan sahaja dari segi pemantauan kesihatan anak-anak tetapi juga dari segi pendidikan. Walaupun sekolah bercuti, mereka tidak seharusnya ketinggalan atau terabai dari segi pendidikan.

Di sini Tcer kongsikan latihan yang mudah dan ringkas untuk kemudahan ibu bapa dan guru gunakan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran.

Latihan ini berbentuk PDF file, jadi ianya mudah untuk diakses oleh ibu bapa dan guru dengan hanya memuat turun dan mencetak latihan ini untuk diedarkan kepada pelajar.

Kali ini Tcer kongsikan latihan matematik yang sesuai untuk pelajar pra sekolah dan tahap 1. Latihan ini terdiri daripada beberapa muka surat anggaran 1-20 dan sangat menarik serta mudah untuk diselesaikan. Ada juga set latihan yang disediakan bersama semakan jawapan.

Latihan ini mengandungi 9 muka surat lengkap dengan gambarajah yang boleh diwarnakan serta contoh jawapan.

MUAT TURUN SEKARANG

(Set 1) Math Drill – Addition