Soalan Peperiksaan SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 : BAHASA MELAYU NEGERI SEMBILAN

SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 : BAHASA MELAYU NEGERI SEMBILAN

114

Tahukah anda? Dalam menjawab kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu, kesalahan ejaan boleh menyebabkan anda ditolak minimum ½ markah dan maksimum 3 markah. Mungkin perkara ini terlihat ringan dan markah yang ditolak hanya berjumlah sedikit, namun, sekiranya anda tidak menjaga dan menitikberatkan kesalahan ejaan, anda akan kerugian markah yang agak banyak bila kesilapan itu berulang-ulang dalam jawapan anda.

Ambil sedikit masa untuk membuat semakan terhadap jawapan anda, baca dengan perlahan dan teliti serta berikan tumpuan yang lebih sekiranya anda banyak menggunakan perkataan baru dan masih tidak mahir dalam ejaan yang betul.

Tanda baca juga merupakan salah satu yang perlu diambil berat kerana ia akan mengganggu jalan cerita anda sekiranya anda menggunakan tanda baca yang tidak sesuai atau tidak betul. Kenalpasti dengan betul di mana tanda koma, seru, soal dan noktah perlu diletakkan. Begitu juga dengan penggunaan kata nama khas yang seharusnya menggunakan huruf besar di awal ejaan.

Jangan sesekali ambil mudah perkara ini jika anda ingin lulus dengan cemerlang. Mungkin ½ dan 3 markah itu terlihat hanya jumlah kecil, namun jika kesilapan itu berulang dalam setiap jawapan anda, anda akan kerugian banyak markah.

Di sini admin ingin kongsikan koleksi SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 untuk membantu anda mengulangkaji dan membuat persiapan dengan lebih cemerlang.

Dengan wujudnya bahan seperti ini, ia dapat memudahkan dan membantu pelajar dalam membuat persediaan. Latihan dan nota yang pelbagai dapat membantu pelajar untuk belajar memahami dan mengingati perkara penting dalam topik yang dipelajar semasa di sekolah. Koleksi kertas soalan peperiksaan yang lepas juga sangat membantu dalam memberi gambaran terhadap kertas soalan dan suasana peperiksaan sebenar.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

BM-NEGERI-SEMBILAN