SPM SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 SEJARAH NEGERI PERAK

SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 SEJARAH NEGERI PERAK

1345

Mengikut sejarah, zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan satu zaman yang sangat gemilang. Wilayah kesultanan ini dikatakan telah meliputi sebahagian besar Semenanjung dan pantai timur Sumetara. Tahukah anda, disebabkan sikap pemimpin yang berwibawa dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan yang cekap serta kedudukannya yang strategik di titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat, Melaka telah menjadi pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara.

Sejarah adalah satu subjek yang menarik untuk dipelajari dan dikaji kerana didalamnya terkandung pelbagai peristiwa penting yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur pada hari ini. Oleh kerana itu, subjek ini merupakan salah satu subjek wajib lulus bagi anda yang akan menduduki peperiksaan SPM kelak.

Bagi soalan peperiksaan mata pelajaran Sejarah, ada beberapa topik penting yang diramalkan akan timbul dalam kertas peperiksaan. Admin akan kongsikan topik berkenaan bersama point penting untuk rujukan pelajar.

Berikut adalah antara topik yang diramalkan :

Topik ini adalah dari tingkatan 4 dan bab 2 iaitu Gerakan Nasionalisme di Barat. Tahukah anda apakah maksud Nasionalisme? Maksud Nasionalisme adalah :

  • Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
  • Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela bangsa dan negara
  • Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada kuasa asing

Selain dari cuba memahami konsep Nasionalisme, anda juga perlu memberi perhatian terhadap peristiwa penting yang berlaku sepanjang Gerakan Nasionalisme ini seperti Revolusi Keagungan pada tahun 1688, Revolusi Amerika pada tahun 1776 dan Revolusi Perancis pada tahun 1789. Untuk lebih mudah dan jelas mengenai revolusi ini, anda boleh rujuk nota poket dalam gambarajah di atas.

Admin kongsikan juga file pdf nota poket untuk kertas soalan ini agar mudah untuk anda membuat rujukan dan pemahaman.

2022-SEJARAH-B-W-NOTA-POKET-WITH-COVER

Di sini admin ingin kongsikan koleksi SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 untuk membantu anda mengulangkaji dan membuat persiapan dengan lebih cemerlang.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

Perak-SJ