SPM SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 SEJARAH NEGERI SEMBILAN

SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 SEJARAH NEGERI SEMBILAN

23

Tahukah anda, Malaysia juga pernah jatuh ke dalam era penjajahan. Tanah melayu pernah jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan seterusnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Apa yang paling teruk adalah bila British telah membuat keputusan untuk campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini berada dalam kawalan Raja-Raja Melayu dan dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.

Sejarah adalah satu subjek yang menarik untuk dipelajari dan dikaji kerana didalamnya terkandung pelbagai peristiwa penting yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur pada hari ini. Oleh kerana itu, subjek ini merupakan salah satu subjek wajib lulus bagi anda yang akan menduduki peperiksaan SPM kelak.

Bagi soalan peperiksaan mata pelajaran Sejarah, ada beberapa topik penting yang diramalkan akan timbul dalam kertas peperiksaan. Admin akan kongsikan topik berkenaan bersama point penting untuk rujukan pelajar.

Berikut adalah antara topik yang diramalkan :

Topik ini adalah dari tingkatan 4 dan bab 2 iaitu Nasionalism di Asia dan Asia Tenggara. Tahukah anda apakah maksud Nasionalisme? Maksud Nasionalisme adalah :

–    Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

–    Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela bangsa dan negara

–    Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada kuasa asing

Gerakan Nasionalisme ini bukan sahaja berlaku di negara barat bahkan juga di negara yang berada dalam Asia dan Asia Tenggara. Negara-negara ini memperjuangkan gerakan nasionalisme dengan beberapa tujuan. Contohnya, Filipina menentang Sepanyol dan menuntut untuk diberikan hak yang sama dengan bangsa Sepanyol. Setiap pergerakan nasionalisme mempunyai tujuan tertentu. Rujuk gambarajah diatas untuk penerangan ringkas tentang pergerakan yang berlaku di Asia dan Asia Tenggara.

Admin kongsikan juga file pdf nota poket untuk kertas soalan ini agar mudah untuk anda membuat rujukan dan pemahaman.

2022-SEJARAH-B-W-NOTA-POKET-WITH-COVER

Di sini admin ingin kongsikan koleksi SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 untuk membantu anda mengulangkaji dan membuat persiapan dengan lebih cemerlang.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

N9-SJ