SPM SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 SEJARAH NEGERI SELANGOR

SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 SEJARAH NEGERI SELANGOR

269

Adakah anda berpendapat bahawa subjek Sejarah adalah satu subjek yang membosankan? Sekiranya anda dapat memahami beberapa fakta yang menceritakan betapa susahnya pahlawan-pahlawan dan nenek moyang kita dahulu memperjuangkan kemerdekaan negara hingga terciptanya peristiwa-peristiwa penting yang tercatat di dalam sejarah pembentukan Malaysia, pastinya tanggapan anda akan berubah. Jika kita ulangkaji semula berdasarkan rekod sejarah yang tercatat, sejarah pembentukan Malaysia didapati bermula seawal tahun 1400 Masihi iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sejarah adalah satu subjek yang menarik untuk dipelajari dan dikaji kerana didalamnya terkandung pelbagai peristiwa penting yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur pada hari ini. Oleh kerana itu, subjek ini merupakan salah satu subjek wajib lulus bagi anda yang akan menduduki peperiksaan SPM kelak.

Bagi soalan peperiksaan mata pelajaran Sejarah, ada beberapa topik penting yang diramalkan akan timbul dalam kertas peperiksaan. Admin akan kongsikan topik berkenaan bersama point penting untuk rujukan pelajar.

Berikut adalah antara topik yang diramalkan :

Topik ini adalah dari tingkatan 4 dan bab 1 yang menceritakan mengenai Sistem Pentabiran dan Undang-undang KMM.

Topik ini menerangkan kaedah sistem pentadbiran yang digunapakai ketika pemerintahan KMM. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

Admin kongsikan juga file pdf nota poket untuk kertas soalan ini agar mudah untuk anda membuat rujukan dan pemahaman.

2022-SEJARAH-B-W-NOTA-POKET-WITH-COVER

Di sini admin ingin kongsikan koleksi SOALAN PERCUBAAN SPM 2022 untuk membantu anda mengulangkaji dan membuat persiapan dengan lebih cemerlang.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

Selangor-SJ