UASA Perkongsian Dokumen Persediaan Jawab Soalan UASA RBT Tahun 6

Perkongsian Dokumen Persediaan Jawab Soalan UASA RBT Tahun 6

3676
Perkongsian Dokumen Persediaan Jawab Soalan UASA RBT Tahun 6
Dokumen Persediakan Jawab Soalan UASA RBT Tahun 6

Sebagai langkah meningkatkan kreativiti pelajar, admin bawakan perkongsian dokumen persediaan jawab soalan UASA RBT tahun 6. Persediaan ini penting supaya meningkatkan keyakinan pelajar menduduki peperiksaan dan menjawab soalan dengan baik.

Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6

Apa Kaitan RBT Dan KHB?

RBT iaitu reka bentuk dan teknologi merupakan mata pelajaran baru yang dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran sekolah rendah tahab dua dan sekolah menengah rendah bermula dari tahun 2017 selepas semakan KSSR.

Sebelum ini dalam KBSM, semua pelajar tingkatan 1 hingga 3 wajib mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan program ICT Literacy (ICTL) pula dikhaskan untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Untuk KSSM, program ICTL telah digugurkan dan digantikan dengan ASK manakala RBT pula merupakan ‘re-brand’ bagi mata pelajaran KHB dengan pelbagai penambahbaikan untuk memenuhi keperluan semasa.

Silibus Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6

Buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan merupakan pelengkap kepada buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 Sekolah Kebangsaan dan Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kandungan buku teks ini ditulis berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 bagi mencapai matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSRI Semakan 2017) Kementerian Pendidikan Malaysia serta menyokong hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kandungan buku ini bertujuan memberikan panduan kepada murid dengan menghasilkan produk elektromekanikal dan memperkenalkan asas sistem robotik. Unit terakhir pula murid ditunjuk ajar untuk membangunkan produk berdasarkan bidang bidang ilmu di Tahun 4. Tahun 5 don Tahun 6.

Berdasarkan isi kandungan buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6, terdapat 3 unit yang menjadi sukatan pelajaran, iaitu:

Kandungan
Unit 1 Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan
Unit 2 Reka Bentuk Pengaturcaraan
Unit 3 Pembangunan Produk

Pastikan anda mengikuti kami di saluran Telegram untuk mendapatkan nota dan latihan dengan menekan pautan berikut:

Modul RBT tahun 6

Perhatian kepada para guru, admin kongsikan modul rbt sebagai bantuan kepada anda merancang sesi pembelajaran dengan lebih baik berdasarkan kepada modul yang admin kongsikan pada kali ini.

Modul RBT tahun 6 Tema Hidroponik

Modul ini disediakan oleh cikgu Kamsiah binti Ali dari sekolah SK Tanjung Batu Tawau yang bertemakan hidroponik. Modul ini terdiri daripada 7 muka surat termasuk muka hadapan. Berikut merupakan nota yang terdapat dalam modul tersebut.

Nota

Tanaman Hidroponik

  1. Adalah satu kaedah tanaman tanpa tanah.
  2. Hidroponik berasal dari perkataan Greek iaitu hydrolain dan ponos (kerja)
  3. Medium menanam yang digunakan ialah air yang dicampur dengan larutan nutrien.

Kebaikan

  1. Tanaman boleh diusahakan sepanjang tahun tanpa mengira musim.
  2. Tanaman boleh dikawal daripada penyakit.
  3. Hasil tualan lebih berkualiti.
  4. Tidak memerlukan keluasan yang luas.
  5. Penanaman tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak.
  6. Kawalan rumpai tidal perlu dilakukan..
  7. Alatan yang digunakana mudah dipasang.

Keburukan

  1. Kos perbelanjaan awal yang tinggi..
  2. Memerlukan kemahiran dan pengetahuan asas.
  3. Hanya sesuai untuk tanaman tertentu.
  4. Tidak dapat faedah dari kelebihan aktiviti mikroorganisma dalam tanah..

Tumbuhan Yang Sesual

  1. Sayuran berdaun
  2. Sayuran berbuah
  3. Herba
  4. Ulam-ulaman
  5. Tanaman hiasan

Teknik Tanaman

Persediaan Jawab Soalan UASA RBT Tahun 6

Alatan Dan Bahan Menyemai

  1. Dulang semaian
  2. Pisau atau gunting
  3. Raga tanaman
  4. Span atau reja benang
  5. Biji benih
  6. Air

Dokumen RBT

Berikut merupakan modul lengkap tema hidroponik RBT beserta latih Latihan RBT Tahun 6 elektromekanikal admin kongsikan untuk anda sebagai bantuan menjawab Soalan UASA RBT Tahun 6 akan datang. Sila tekan pautan dalam jadual di bawah bagi mendapatkan dokumen tersebut.

Perkara
Modul RBT tahun 6
Latihan RBT Tahun 6 elektromekanikal

Diharap para guru dapat memanfaatkan bahan tersebut sebagai bantuan persediaan jawab Soalan UASA RBT Tahun 6 akan datang.

Dokumen Persediaan Jawab Soalan UASA RBT Tahun 6

Soalan Peperiksaan RBT Tahun-tahun Lepas

Kertas soalan peperiksaan RBT mengandungi 2 bahagian iaiatu bahagian A dan B. Bahagian A terdiri daripada 30 soalan objektif dan bahagian B terdiri daripada soalam subjektif .

Kertas soalan
Set 1
Set 2
Set 3
Set 4

Diharap perkongsian kali ini membuka minda pelajar akan kemajuan teknologi terkini yang terdapat di malaysia. Berdasarkan latih tubi yang diberikan diharap dapat membantu pelajar bersedia menjawab Soalan UASA RBT Tahun 6 akan datang.