UASA Dapatkan Segera Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6

Dapatkan Segera Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6

3345
Dapatkan Segera Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6
Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6

Mari dapatkan segera nota bantu jawab soalan UASA PJPK tahun 6 sebagai persediaan pelajar menduduki peperiksaan. Peperiksaan juga adalah sesi pembelajaran apabila pelajar berusaha memahami dan menguasai sesuatu subjek sebelum menduduki peperiksaan.

Dengan kefahaman berkaitan subjek PJPK iaitu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan diharap dapat melahirkan pelajar yang lebih sihat dan cergas.

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6

Adakah PJPK Termasuk Dalam UASA?

Ujian akhir sesi akademik merupakan ujian yang menggunakan kertas soalan yang disediakan oleh lembaga peperiksaan. Bagi sekolah rendah tahab 2, Lembaga Peperiksaan hanya menyediakan kertas soalan bagi 5 subjek iaitu:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. sains
  5. sejarah.

Selain daripada mata pelajaran tersebut, pihak sekolah perlu sediakan kertas soalan sendiri. Walaupun PJPK atau pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan tidak termasuk dalam senarai subjek, tetapi ia juga merupakan mata pelajaran yang perlu diduduki oleh pelajar tahun 6.

Silibus Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6

Berdasarkan kepada nama mata pelajaran itu sendiri pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, terdapat pembahagian dalam silibus yang kita boleh lihat dan di susun dalam satu buku teks yang sama. Namun perbezaan dari segi jumlah unit bagi kedua – dua bahagian menjadikan ia berbeza iaitu pendidikan jasmani mempunyai 10 unit dan pendidikan kesihatan mempunyai 3 unit.

Jiwa pelajar sekolah rendah lebih memahami bahawa waktu pendidikan jasmani adalah waktu mereka bermain di luar kelas, oleh itu para guru perlu membahagikan masa dengan bijak masa berada di kelas dan di lapangan bagi memahamkan pelajar silibus yang sedia ada.

Isu yang berlaku sebelum ini yang sering berlaku, waktu pendidikan jasmani akan diganti dengan subjek teras untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan UPSR. Dengan adanya penilaian yang pelbagai sekarang bahkan instrumen kokurikulum turut menjadi perkara penting dalam penilaian sekolah rendah bagi mendapat mata merit memudahkan ia masuk ke sekolah yang baik di tingkatan 1.

Berikut merupakan senarai silibus mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan tahun 6 dalam jadual di bawah:

PendidkanUnit
Pendidikan JasmaniUnit 1 Gimnastik Asas
Unit 2 Pergerakan Berirama
Unit 3 Kategori Serangan
Unit 4 Kategori Jaring
Unit 5 Kategori Pukul dan Meradang
Unit 6 Olahraga Asas
Unit 7 Yakin di Air
Unit 8 Cabaran Rekreasi
Unit 9 Konsep Kecergasan
Unit 10 Kekal Aktif
Pendidikan KesihatanUnit 11 Pameran Kesihatan
Unit 12 Pemakanan Sihat
Unit 13 Sentiasa Bersedia

Ikuti kami di saluran telegram untuk mendapatkan lebih banyak lagi nota dan latihan dengan menekan pautan di bawah:

Nota Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6

Nota Pendidikan Kesihatan Unit Pemeran Kesihatan

Admin sediakan nota berkaitan pendidikan kesihatan sebagai bahan tambahan rujukan bagi pelajar mengahdapi ujian akhir sesi akademik UASA. Dalam unit pemeran kesihatan terdapat tajuk katakan tidak kepada dadah, perkara ini amat penting bagi penegtahuan pelajar bagi mengelak pengaruh buruk pada masa hadapan.

Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6
Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6
Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6
Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6
Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6
Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6

Dapatkan nota lengkap dengan memuat turun nota beserta tugasan melalui pautan di bawah:

Kuiz Pemahaman

Berdasarkan kepada situasi pelajar masa kini yang sebahagian besar kurang melibatkan diri dalam aktiviti luar, penekanan berkaitan kesihatan amatlah penting bagi menimbulkan kesedaran. Menjawab soalan kuiz juga merupakan proses pembelajaran apabila mereka mula berfikir apa jawapan yang sepatutnya dipilih.

Kuiz Online

Para guru boleh menggunakan kuiz di bawah sebagai bahan pengukuhan pemahaman pelajar selepas sesi pengajaran selesai di samping menarik minat pelajar menjawab soalan berdasarkan apa yang telah mereka pelajari sebelum nya.

Bahan Bantu Jawab Soalan UASA PJPK Tahun 6

Soalan PJPK Tahun 6 Tahun-tahun Lepas

Kertas soalan pendidkan jasmani (PJ) dan pendidikan Kesihatan (PK) berada dalam satu matapelajaran yang sama tetapi dijawab dalam kertas yang berbeza. Berikut merupakan contoh soalan peperiksaan PJPK tahun tahun lepas:

a) Soalan peperiksaan pendidikan jasmani (PJ)

Set soalan
Set 1
Set 2

a) Soalan peperiksaan pendidikan Kesihatan (PK)

Kertas soalan
Set 1
Set 2

Diharap dengan perkongsian kali ini mewujudkan pelajar yang mengambil berat akan kesihatan dengan pengetahuan yang mereka kuasai apabila menjawab soalan peperiksaan yang lepas. Selain itu, ia juga diharap sebagai bekalan persediaan mereka menjawab Soalan UASA PJPK Tahun 6 yang akan datang.