Mari kita kuasai bahasa inggeris dengan memahami perkongsian kali ini iaitu dengan memuat turun bahan bantu jawab soalan UASA bahasa inggeris tahun 6. Admin sediakan bersama nota pecutan akhir bahasa inggeris penulisan sebagai bantuan pelajar mendapatkan idea penulisan.
Dengan penguasaan ini, menjadikan pelajar kita lebih kompiten walaupun tanpa menduduki peperiksaan UPSR yang menjadi kayu ukur suatu masa dahulu. Bahkan matlamat kita jelas untuk pelajar menguasai 3M sebagai persediaan memasuki tingkatan 1 tahun hadapan.
Contents
Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 6
Bermula tahun 2020, Menteri pendidikan ketika itu telah mengumumkan UPSR dan PT3 telah dimansuhkan dan diganti dengan pelbagai instrumen untuk menilai kemenjadian murid bukan sekadar peperiksaan. Namun, sukatan pembelajaran tetap sama seperti semakan KSSR 2017 dan segala nota terdahulu untuk UPSR dan PT3 tetap perlu sebagai bantuan.
Silibus Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 6
Sebagai usaha kementerian pendidikan malaysia supaya pelajar menguasai bahasa inggeris dengan baik, sukatan pemebelajaran telah melalui beberapa peringkat perubahan dan yang terkini KSSR semakan 2017. Berdasarkan silibus mata pelajaran bahasa inggeris tahun 6 dalam silibus semakan KSSR 2017 adalah seperti berikut:
UNit | Perkara |
---|---|
UNIT 1 | Reading: A Window to the World |
UNIT 2 | Appreciating Others |
UNIT 3 | Family Ties |
UNIT 4 | Step Up! |
UNIT 5 | 360° |
UNIT 6 | Go Green |
UNIT 7 | Healthy and Wise |
UNIT 8 | How the Tiger Got Its Stripes |
UNIT 9 | A Heart of Gold |
UNIT 10 | Be Aware, Take Care! |
UNIT 11 | Tailor Made |
UNIT 12 | Land of Glory |
UNIT 13 | Overcoming the Odds |
UNIT 14 | A Ringgit Saved is a Ringgit Earned |
UNIT 15 | The Obedient Son |
Nota Rujukan
Nota Pecutan Akhir Bahasa Inggeris Penulisan
Antara perkara yang mendebarkan bagi pelajar adalah ujian penulisan dan lebih-lebih lagi bahasa inggeris yang bukan bahasa ibundanya. Bagi mengelak perkara ini berlarutan, persiapan sebelum peperiksaan perlu diperkemaskan seperti menyediakan mereka dengan nota yang ringkas dan lati tubi untuk membiasakan mereka menjawab soalan.
Dapatkan nota padat Pecutan Akhir Bahasa Inggeris Penulisan lebih banyak lagi dengan menekan pautan berikut
Disediakan oleh: Marza
Modul
Modul Bahasa Inggeris
Walaupun peperiksaan UPSR tidak dijalankan buat masa ini, namun banyak bahan di zaman ujian penilaian sekolah rendah buleh kita gunakan sehingga kini. Hal ini kita boleh lihat dari segi silibus mata pelajaran dan soalan peperiksaan menggunakan format yang tidak jauh beza. Bahkan soalan kemahiran berfikir aras tinggi turut masih digunakan.
Oleh itu, admin kongsikan modul latih tubi bahasa inggeris yang boleh dilakukan di samping menggunakan kertas soalan peperiksaan tahun lepas. Para guru dan ibu bapa dijemput untuk dapatakan bahan modul yang admin kongsikan di bawah dengan menekan pautan dalam jadual di bawah.
Semoga perkongsian modul kali ini dapat meningkatkan penguasaan dalam abahasa inggeris bagi persediaan memasuki tingkatan 1 tahun hadapan.
Ikuti admin di saluran telegram untuk mendapatkan nota dan latihan dengan mengklik pautan berikut:
Bahan Bantu Jawab Soalan UASA Bahasa Inggeris Tahun 6
Kertas Peperiksaan Soalan Bahasa Inggeris Tahun 6 yang Lepas
Kertas soalan peperiksaan bahasa inggeris tahun 6 yang lepas ini admin kongsikan sebagai bahan latih tubi pelajar menguasai format peperiksaan dengan baik.
Set soalan | Skema jawapan |
---|---|
Set 1 | |
Set 2 | |
Set 3 | |
Set 4 | Skema jawapan set 4 |
Set 5 | Skema jawapan set 5 |
Set 6 | |
Set 7 |
Admin berharap segala bahan yang dikongsikan di atas sebagai persediaan menduduki peperiksaan untuk menjawab Soalan UASA Bahasa Inggeris Tahun 6 pada ujian akhir sesi akademik dengan baik. Dengan penguasaan ini dapat membantu pelajar melangkah masuk ke tingkatan 1 tahun hadapan.