Latihan TAHAP 1 MATEMATIK (PENAMBAHAN 2 DIGIT)

TAHAP 1 MATEMATIK (PENAMBAHAN 2 DIGIT)

178

Penambahan 2 digit adalah aktiviti penambahan yang sesuai dilakukan oleh pelajar tahap 1 yang telah menguasai penambahan antara 1 dan 2 digit. Struktur soalan yang terdapat dalam set ini adalah sangat mudah dan ringkas dan sesuai dilakukan oleh pelajar tahap 1.

Soalan ini terdiri daripada proses penambahan yang melibatkan 2 digit yang telah disusun dalam bentuk lazim bagi memudahkan proses pengiraan dilakukan oleh pelajar. Set latihan ini juga dilengkapi dengan lembaran skema jawapan untuk memudahkan guru, ibu bapa atau pelajar untuk menyemak sendiri hasil kerja.

Lembaran kerja ini adalah lembaran kerja asas dalam menguasai proses penambahan dalam matematik. Ia juga tidak memerlukan pemantauan maksima untuk disiapkan. Lembaran ini boleh juga dijadikan sebagai latihan sampingan masa lapang, kuiz dalam kelas, atau juga sebagai kerja rumah.

Guru atau ibu bapa boleh muat turun lembaran kerja ini secara percuma sahaja dan cetak untuk diedarka kepada pelajar.

MUAT TURUN SEKARANG :