Apabila pelajar telah dapat menguasai penambahan dalam lingkungan satu digit, guru atau ibu bapa sudah boleh untuk menaikkan tahap penambahan kepada lingkungan dua digit. Ini bagi membiasakan pelajar untuk membuat kira-kira dengan menambahkan dua digit.
Lembaran kerja yang Admin kongsikan kali ini adalah matematik tahap 1, penambahan melibatkan lingkungan satu dan dua digit. Lembaran kerja ini juga seperti yang sebelumnya, datang bersama set jawapan untuk memudahkan pelajar melakukan semakan sendiri.
Set lembaran kerja ini mengandungi 25 muka surat sama seperti set sebelum ini, ia juga lengkap dengan gambarajah pengiraan penambahan bagi memudahkan pelajar membuat kira-kira. Latihan ini juga bermula dengan soalan yang sangat mudah untuk memastikan pelajar dapat menjawab dengan baik.
Set latihan penambahan ini sesuai untuk dijadikan latih tubi, kerja rumah atau latihan sampingan bagi membantu memantapkan lagi teknik kira-kira pelajar.
MUAT TURUN SEKARANG :