Latihan TAHAP 1 – SINGLE DIGIT ADDITION

TAHAP 1 – SINGLE DIGIT ADDITION

111

Bagi pelajar tahap 1, membuat pertambahan lingkungan satu digit adalah sesuatu yang boleh dikuasai dengan mudah sekiranya dilakukan latihan dengan konsisten. Menambah dalam lingkungan satu digit adalah asas dalam pengiraan.

Tcer kongsikan di sini, lembaran kerja matematik tahap 1 penambahan dalam lingkungan satu digit untuk membantu ibu bapa dan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan lebih baik. Latihan ini mengandungi 25 muka surat yang lengkap dengan jalan kira penambahan. Lembaran kerja ini juga datang bersama set jawapan untuk memudahkan pelajar melakukan semakan jawapan dengan sendiri.

Latihan ini mudah dan ringkas serta sesuai dilakukan dengan pemantauan yang minima sekiranya pelajar telah menguasai teknik pengiraan dengan baik.

Ibu bapa dan guru boleh memuat turun lembaran kerja berbentuk fail PDF ini dan mencetaknya dalam bentuk buku untuk diberikan kepada pelajar. Ia sesuai dijadikan latihan sampingan atau latih tubi serta kerja rumah.

MUAT TURUN SEKARANG :

(500)1 Digit Addition