Buku Panduan & Pengurusan 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think)

8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think)

175193

 

8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think). Peta Pemikiran atau Peta i-Think merupakan salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Peta Pemikiran (i-Think) amat digalakkan untuk diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Umum sedia maklum, Peta Pemikiran ini mempunyai 8 jenis iaitu :

  1. Peta Bulatan
  2. Peta Buih
  3. Peta Buih Berganda
  4. Peta Pokok
  5. Peta Dakap
  6. Peta Alir
  7. Peta Pelbagai Alir
  8. Peta Titi

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan penerangan berkaitan 8 jenis Peta Pemikiran (i-Think) ini :

1. Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map iaitu Peta Bulatan digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau situasi.

4. Tree Map (Peta Pokok)

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan “preview” grafik 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) untuk dimuat turun :

Dapatkan “Grafik 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘JPEG’ dan dikumpulkan dalam satu “compressed folder” berformatkan .ZIP.

Download : Grafik 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think)

Oleh itu, guru perlulah bijak dalam mengaplikasikan 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) ini dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) agar mampu “menghasilkan” murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) selaras dengan keperluan pendidikan semasa.

REVIEW OVERVIEW
Kualiti Bahan
Previous articleContoh Minit Mesyuarat BOLEH DIEDIT
Next articleHimpunan Terbaik Buku Prasekolah
8-jenis-peta-pemikiran-i-thinkPenerangan dan perkongsian idea yang sangat bagus untuk menerangkan apa itu peta pemikiran atau i-think.